Bila Dapat Isteri Yang Tahu Berdikari, Jangan Seronok Sangat... Itu Adalah Ujian Buat Suami-Suami Sebenarnya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sekarang ini, ramai isteri-isteri yang bijak berdikari dalam segala hal. Tahu memandu kereta, tahu macam mana nak bawa motosikal malah ada yang bijak untuk melanggani Grab. Isteri sekarang bukan macam isteri dahulu, kalau dulu ramai ister-isteri mengharapkan suami tapi isteri kini semua perkara dia boleh buat.

Malah isteri-isteri sekarang ini mampu menguruskan rumah serta membina kerjayanya, yang kadang kala lagi hebat dari suaminya sendiri. Betapa hebatnya isteri-isteri sekarang ini.



Namun begitu, walaupun hebat macam mana isterinya itu dia masih lagi seorang insan yang lemah dan mempunyai kesabaran yang ada had limit. Jadi kalau suami-suami hanya membiarkan para isterinya melakukan semua perkara bersendirian malah merasakan bahawa isterinya mampu akan semua itu para suami silap.

Isterinya itu sedang tunggu masa untuk meletupkan segalanya, bila segalanya telah terluah maka tiada jalan lagi untuk suami berbaik. Seperti yang dikongsi oleh Firdaus Shakirin ini, bila seorang isteri telah sampai kepada tahap breaking point, tiada lagi jalan buat suami.



Akan tiba satu hari di mana seorang isteri tu akan reach her breaking point, rasa macam nak lari keluar dari rumah, nak balik duduk rumah mak bapak dia, nak berpisah, dia jadi pemarah, dia rasa tak tenang, dia rasa serabut, dia tertekan, dia rasa kosong, dia rasa hopeless n useless...

Rasa hidup dia sunyi, rasa hidup dia macam dibebani sesuatu dan kekurangan sesuatu...

Ketika ni sebenarnya dia dah sampai tahap breaking point dalam dirinya iaitu kesabarannya sudah memuncak, kekuatannya sudah lemah, kepercayaannya sudah pudar, hormatnya sudah hilang...

Hati dia meronta-ronta dan pada masa ini, dia hanya akan fikir satu perkara sahaja...iaitu keluar dari masalah yang membelenggu dirinya...pergi jauh-jauh dari seseorang yang menyebabkan dia jadi begitu...tinggalkan apa yang membuatkannya kecewa dan terluka...

Bila seorang isteri tu dah tekad dan nekad, maka dah susah untuk memujuknya kembali ke pangkuan...it is too late already at this time...



Oleh itu, jangan seronok sangat kalau isteri itu mampu uruskan semua benda. Jangan selesa sangat bila isteri tak lagi minta bantuan suami kerana anda tidak tahu apa yang Serdang dilalui isteri anda. Bahkan anda juga tak tahu anda akan kehilangan dirinya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen