Usah Berlebihan Dalam Mengharapkan Manusia, Berbalik Kepada Allah Yang Akan Memberikan Apa Yang Anda Perlukan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila melibatkan hati dan perasaan ini memang ramai yang pening kepala nampaknya. Mana tidaknya, betapa sukarnya anda merasakan untuk memiliki seseorang itu. Dah usaha macam-macam tapi tak dapat-dapat juga miliki hatinya. Dah guna pelbagai cara, tetapi tetap juga ditolak olehnya.

Selalukan kita dengar, orang kalau dah tak nak ini, gunalah pelbagai cara sekali pun akan tetapi juga menolaknya, bahkan akan tetap juga beri beribu alasan dan asabab untuk menolak diri anda. Tetapi usaha untuk memiliki seseorang itu memang perlu ada, kalau tak ada nanti nampak macam tak serius pula.



Perasaan cinta, perasaan berkasih sayang ini sememangnya mampu melukakan dan menyakiti hati sesiapa sahaja. Nak-nak lagi buat mereka yang terlalu mengejar, terlalu menolak malah terlalu berkasih sayang. Tanpa disedari ada hati-hati yang akan terluka.

Dalam kita mencari cinta itu, jangan dilupa akan cinta yang hakiki. Jangan dilupa siapa yang membolak balikkan hati setiap insan ini. Sebesar cinta anda terhadap manusia, besar lagi cinta Allah kepada hambaNya.

Kalau anda mengejar seseorang kerana merasakan orang itu teramat penting dalam hidup anda, rasa tak lengkap jika tiada dirinya, maka berbaliklah kepada Allah. Mohon dan pinta kepadaNya agar hati tersebut dijaga seeloknya.



Kalau anda sedang berusaha memikat hati seseorang, merasakan dia itulah jodoh yang sesuai buat diri anda, maka mohonlah kepadaNya dan berdoa agar hatinya itu terbuka untuk anda.

Jika sekarang ini anda sedang berharap pada seseorang. Jangan lupa untuk berdoa kepada Allah, kerana pengharapan terbesar kita sebagai hamba ini adalah kepadanya.

Jika anda sibuk mengejar, berharap, meletakkan kebergantungan, malah percaya manusia itulah kebahagiaan anda, maka anda mungkin akan kehilangan dirinya. Namun apabila anda sibuk mengejar, berharap, bergantung serta percaya Allah akan memberi anda sebuah kebahagiaan, percayalah bahawa ada aturan yang terbaik untuk anda.



Bila anda ingin genggam sesuatu, jangan lupa untuk ingat kepada Allah. Hanya keranaNya segala perkara akan menjadi mudah dan anda sentiasa bersedia untuk berdepan dengannya.

Usah berharap lebih kepada manusia, kerana ia akan kembali kepada Allah. Tetapi berharaplah kepada Allah kerana ia akan beri apa yang anda perlukan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen