Jodoh, Betul Ke Dia Itu Jodoh Yang Ditunggu?

Oleh: Zuzu Yasmine

Soalan sebegini akan sering kali bermain difikiran kita yang baru sahaja memulakan langkah dalam perhubungan. Sebagai contoh kita baru je dalam tempoh nak kenal-kenal, tempoh kawan yang lebih dari kawan ataupun dalam tempoh bertunang.

Tapi macam mana kalau sudah lama dengan dirinya, dah bertahun-tahun kenal, tup-tup dia boleh pula kahwin dengan orang lain. Itu yang menakutkan ramai orang sebenarnya.

Takut kalau-kalau hati terlalu berharap ataupun akan terluka dikemudian hari untuk perkara sebegini. Nanti ia akan mengambil masa yang agak lama pula untuk sembuh dan move on.


Banyak orang yang takut akan perkara-perkara sebegini sebenarnya, kerana merasakan banyak masa akan terbuang dan membazir begitu sahaja. Sebab itu kalau boleh nak jumpa seseorang yang tepat dan kalian memiliki jodoh agar terus kahwin.

Tapi anda pun tak tahu adakah dia itu jodoh anda, mereka yang lain ataupu jiran sebelah rumah. Itu semua di luar bidang kuasa kita sebagai hamba.

Malah ada juga dah bertunang, hampir nak kahwin dah tapi tiba-tiba boleh pula tak jadi kahwin malah pasangan itu pula tak bersungguh-sungguh dan sentiasa berubah hati, jadi macam mana nak tahu?



Macam mana nak tahu jodoh kita?

Jodoh ini adalah benda yang Allah dan tentukan sejak dari awal lagi. Dengan siapa anda bakal berkahwin, dengan siapa anda akan bertemu, dengan siapa anda akan bersama malah berapa lama tempoh pertemuan anda dengan mereka.

Untuk ketahui dia itu jodoh kita atau bukan adalah dengan melalui ijab dan Kabul.

Bila mana antara kedua-dua pihak itu sudah membuat perancangan untuk berkahwin atau bernikah tanpa sebarang halangan dan maka pernikahan itu berlaku maka itulah jodoh.



Tapi kalau tiba-tiba, terjadinya putus tunang, pasangan yang bakal menjadi suami atau isteri tiba-tiba meninggal dunia, tawar hati atau apa-apa pun yang menyababkan pernikahan itu tidak terjadi maka itu namanya tidak ada jodoh.

Jodoh itu akan menjadi lebih yakin apabila anda dengan dirinya sudah melalui ijab dan Kabul bukannya ketika sedang hangat bercinta, bukan juga dalam tempoh pertunangan tetapi setelah sah menjadi suami isteri.

Namun, berapa lama tempoh jodoh itu juga bukanlah satu yang diketahui oleh manusia. Jadi bila sudah menjadi suami isteri, berdoalah agar jodoh itu dipanjangkan selamanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen