Jangan Mudah Nak MainKan Hati Orang Dengan Tabur Janji & Beri Harapan Yang Tinggi, Takut Nanti Berbalik Pada Diri Sendiri.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mulut sememangnya mudah untuk menabur janji, jari begitu mudah untuk menyatakan janji tetapi untuk melaksanakannya memerlukan seribu alasan dan sebab yang begitu kukuh dan hati sendiri. Selalunya dalam bercinta, mudah sangat anda berjanji bukan malah anda juga begitu mudah terpedaya dengan janji yang tak pasti.

Janji dan cinta sememangnya tidak dapat dipisahkan, masa sedang hangat dan bahagia semua janji akan dilontarkan tapi bila hati dah tawar, sudah timbul rasa bosan dan jemu mulalah abaikan segala janji yang ada. Malah sedikit pun tak kisah lagi pasal janji yang dibuat.



“Saya janji akan kahwin dengan awak.”

“Awak je pilihan yang saya ada.”

Pernah tak anda fikirkan hati perasaan seseorang yang anda berjanji selepas anda memungkirinya?

Hati orang jangan dibuat main, hari ini mungkin anda berseronok dan bersorak keringan kerana banyak hati yang berharap pada anda. Bahkan anda juga melihat dirinya merayu pada anda. Rasa puas dan bangga dapat musnahkan harapan dan sakitkan hati orang.



Tapi anda tidak tahu, sekarang ini setiap perbuatan akan dibalas di dunia juga. Bila anda sakitkan hati seseorang, siapa tahu hati anda juga akan tersakiti nanti. Siapa tahu anda pula akan berharap akan seseorang tetapi dirinya pula yang mengkhiananti janji tersebut.

Menabur janji memang mudah, memberi harapan satu kelebihan anda tetapi anda tak sedar bahawa setiap perkara yang berlaku itu mungkin akan berbalik pada anda semula, kalau tidak pada anda mungkin pada anak-anak anda.

Kalau tak boleh tunai janji, katakan segera. Kalau rasa harapan dirinya terlalu berat, tolak awal-awal. Jangan bila seseorang itu sudah percaya dan yakin, anda hanya tinggalkan sahaja. Sesiapa pun akan terluka jika kena sebegitu. Anda pun tentu sama juga.



Jangan buat main hati orang, jangan dilukakan perasaan orang malah jangan hancurkan harapan orang. Hari ini mungkin hari dirinya, siapa tahu esok lusa pula adalah hari anda.

Berjanji apabila anda mampu lakukannya, beri harapan apabila anda begitu serius dengannya.

Jangan nanti bila bila ia berbalik kepada anda, anda pula merasakan sesuatu tidak adil sedangkan dulu anda begitu mudah mengambil kesempatan terhadap orang lain.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen