Selalunya Orang Perempuan Ini Mudah Jual Mahal Kan, Ini 5 Tanda Kalau Si Dia Sudah Berkenan Dengan Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalunya kalau seorang lelaki yang mula mengorat wanita dulu, tentu sahaja wanita-wanita ini akan tunjuk jual mahal sedikit. Mana tidaknya, nak buat orang lelaki tertariklah dengan dirinya. Namun ada juga yang begitu teruja mendapat pesanan “hai” dari seorang lelaki.

Sebagai seorang lelaki yang memulakan langkah dahulu, tentu sahaja anda ingin tahu bahawa wanita tersebut mempunyai perasaan terhadap anda ataupun tidak bukan? Kalau tak ada, bolelah anda berkenalan dengan wanita lain, tetapi biasanya ia akan mengambil masa yang agak lama untuk ketahui situasi tersebut.



Sebenarnya mudah sahaja untuk anda tahu adakah wanita itu suka anda ataupun tidak hanya melalui beberapa kali pertukaran pesanan sahaja. Cara ini boleh digunakan buat anda ketahui hati seseorang yang mungkin anda tidak mampu melihat wajah serta gerak tubuhnya.

Nak tahu adakah wanita itu suka ataupun tidak pada anda? Ini caranya;



1. Suka menambah ayat ketika bersembang.

Apabila dirinya mula menyukai anda, dia pun akan turut berusaha agar perbualan kalian terus kekal hidup. Dia tidak akan hanya menjawap sepatah-sepatah sahaja, malah lebih kepada huraian yang panjang serta pertanyaan berbalik. Tak hanya itu sahaja, anda juga yang bijak menggunakan emoji.

2. Tidak tiba-tiba sibuk.

Selalunya orang yang tidak mahu teruskan perbualan akan tiba-tiba hilang atau menyatakan dirinya sibuk. Tetapi jika seseorang wanita itu sukakan anda, dirinya akan tetap meluangkan masa buat anda walaupun dia dalam keadaan yang sibuk. Bahkan dirinya juga mampu kekal dalam perbualan dalam jangka masa yang panjang.

3. Hidupkan topik perbualan apabila semakin hilang.

Selalunya lelaki akan lebih banyak mengeluarkan topik perbualan tetapi bila kehabisan idea atau apa pun, wanita tersebut pula akan memain peranan pula. Apa yang boleh dilihat, dirinya pula akan mencari tajuk-tajuk topik perbualan yang baru, malah tak akan biarkan ia tiba-tiba putus. Anda boleh lihat usahanya disitu.



4. Akan memulakan perbualan.

Jika anda tiba-tiba diam dan menghilangkan diri, maka dia pula akan cuba mencari anda ataupun memulakan satu perbualan. Di sini anda boleh lihat bahawa dirinya tidak mahu jika perbualan tersebut mati begitu sahaja dan kalian akan saling tak kenal antara satu sama lain semula.

5. Paling jelas, sentiasa ada masa untuk anda.

Apa yang paling jelas dan nyata bila dirinya menyukai anda adalah dia akan ada setiap masa untuk anda. Setiap pesanan tidak pernah tak berbalas. Walaupun kadang kala membalas dengan lewat tetapi dirinya akan memberitahu sebab-sebab mengapa dirinya lambat.

Nak tahu seseorang wanita suka ataupun tidak pada diri kita ini mudah sahaja sebenarnya, tapi itulah kadang kala kita yang tidak begitu fokus hingga tidak menyedari akan perkara ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen