Bila Mana Seseorang Itu Telah Berkahwin, Syurga Seorang Isteri Pada Suaminya, Tapi Syurga Seorang Suami Pada Tanggungjawabnya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebagai seorang hamba Allah, tentu sahaja kita ini akan sibuk mengejar akan syurga di akhirat kelak. Cepat atau lambat, kesedaran itu akan hadir sedikit demi sedikit. Kalau anda seorang anak, maka syurga anda terhadap ibu anda, kalau isteri pada suaminya namun kalau suami bagaimana?

Ramai yang menganggap bahawa syurga seorang suami itu ada pada ibunya. Sebab itulah, bila anak lelaki dah kahwin dirinya patut taat akan perintah ibunya walaupun kadang kala sampai melukakan hati isteri sendiri, bukan tak sayang isteri tapi mengejar syurga di akhirat.



Itu yang kita faham akan syurga seorang suami, namun begitu sebenarnya syurga seorang suami ini ada pada tanggungjawabnya. Sama-sama kita ikuti perkongsian Nurul Hallawati ini.

Persoalan ini muncul saat saya membawa emak berubat pada seorang ustaz di Taman Kosas, Ampang. Sambil berubat ustaz ini memberi tazkirah yang sangat-sangat memberkas di hati. Tak sedar bergenang air mata saat mendengar tazkirahnya.

Bermula dari kasih Adam dan Hawa di Syurga, sehingga dicampak mereka ke dunia kerana hasutan iblis. Kemudian sampai pada bahagian suami isteri, kata ustaz. Syurga anak itu pada ibunya, Syurga ibu itu pada suaminya. Lalu Syurga suami itu dimana pula?

“Pada ibunya.” saya menjawab.

Ustaz menggeleng sambil tersenyum.

“Syurga seorang suami itu pada tanggungjawabnya.” kata ustaz.



Saya terkesima mendengar jawapan tersebut.

“Suami itu syuganya pada tanggungjawab yang ada di bahunya. Sediakan nafkah zahir dan batin. Sediakan rumah walaupun hanya rumah sewa, sediakan pakaian walaupun yang murah-murah, sediakan makan untuk anak isteri walau tak mewah. Asalkan sedia semua itu untuk isteri dan anak-anak.” sambung ustaz lagi.

Jika Isteri yang menyediakan rumah, yang membayar hutang rumah, haram suami itu tinggal di dalamnya.

Jika isteri yang membayar bil eletrik rumah, haram cahaya itu untuk suaminya.

Jika isteri yang menanggung biayai makan dan keperluan asas di rumah, haram suami itu memakannya.

Kecuali, si isteri Redha dan berniat untuk membantu suaminya, membantu syurganya itu.

Andai dia tak redha, berdosa besar Sang Suami itu.



Kata ustaz lagi, di Makhamah Syariah bersusun kes penceraian yang kebanyakannya berpunca dari kurangnya tanggungjawab seorang suami.

Semuanya isteri yang bayar, semuanya isteri yang uruskan. Maka suami itu hilang kewibawaannya, tidak berperanan sebagai ketua keluarga yang selayaknya.

Maka kepada semua lelaki, sebelum memasang angan untuk menikah, atau pun kini sudah menikah, ingatlah tanggungjawab yang bakal kalian pikul atas pundak kalian. Dan dengan tanggungjawab itu kalian akan diperhitung dan dipersoal didepan Allah kelak.

Ada sesetengah lelaki yang saya pernah dengar dan jumpa, yang mencari calon-calon isteri dari wanita berpangkat besar, kerja dan gaji besar, atas alasan untuk menumpang kemewahannya, atas alasan nak cari jalan pintas untuk hidup senang. Sedih dengar.

Buat wanita-wanita, cari jodoh bukan pada harta seorang lelaki, tapi pada nilai tanggungjawabnya. Meski tak mewah, dia akan tetap berusaha memberikan semua tanggungjawabnya padamu, dia berusaha mencukupkan semua keperluan keluarganya dengan tulang 4 kerat dan tenaganya.

Itulah suami dan lelaki terbaik sebagai sandaran untuk syurgamu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen