Isteri Bukan Dah Tak Nak Melawa Dah, Tapi Suami Yang Tak Beri Masa Isteri Melawa.

Oleh: Zuzu Yasmine

Suami makan luar, suami suka cuci mata di luar malah pelbagai lagi alasan yang membuatkan isteri terguris hati hanya kerana suami mementingkan keinginan serta rupa paras yang menarik sahaja tanpa memikirkan apa yang isteri telah lalui.

Ramai di antara suami tak akan nampak apa yang isteri lakukan, jika mereka nampak belum tentu mereka sanggup lakukan perkara yang menyakitkan hati. Tak hanya itu sahaja, kadang isteri juga ada silapnya, hanya kerana sibuk menguruskan rumahtangga hingga lupa uruskan diri sendiri.



Bukan isteri tak naka berhias atau kelihatan cantik, tapi jika semua kerja rumah dia yang perlu uruskan masa bila dia nak rasa semua itu. Makan, minum dan kemas rumah perlu dikerja ke sana sini seorang diri tanpa bantuan suami maka macam mana dirinya nak ambil masa untuk berhias pula. Jika dirinya tak lakukan itu, maka suaminya akan pulang melihat keadaan rumah yang berselerak serta tidak terurus.



Itu belum lagi bila nak keluar rumah. Suami hanya akan menguruskan dirinya sahaja manakala isteri akan menguruskan semua perkara termasuklah susu anak yang nak dibawa, baju apa anak nak pakai, serta dirinya sendiri. Nampak macam senang je kalau buat seorang diri tetapi bila suami urus bersama ia akan menjadi lebih mudah sebenarnya.

Isteri boleh jadi cantik, kalau suami faham keadaan ini;

1. Faham bahawa isteri tidak akan ada masa nak urus rumah kerana sibuk uruskan diri sendiri sebab nak jaga hati dan keinginan suami. Jadi kalau rumah tak terurus jangan kata isteri goyang kaki sahaja.

2. Suami kena sama-sama uruskan rumah dan anak-anak, barulah isteri sempat nak jaga badan serta kenakan makeup pada wajah. Kalau suami tak nak tolong uruskan rumah dan anak-anak, suami jangan nak complain atau cara lain.

3. Nak cantik ini bukan murah, jadi suami kena bersedia untuk isteri berbelanja lebih berkenaan barang makeup serta barang kecantikan untuk pastikan bahawa isteri cantik dan menjaga penampilan sentiasa.

4. Jangan nak merungut lebih kalau-kalau isteri lebih banyak masa untuk belek wajah dan badannya jika nak bandingkan belek suami dan anak-anak. Kan suami nak isteri yang cantik menawan.

Bila nak isteri sentiasa jaga penampilan dan kecantikan, maka suami juga perlu banyak berkorban. Jika tak sanggup maka terima kekurangan isteri itu dengan melihat kebaikan yang ada pada dirinya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen