Jangan Sembunyi-Sembunyi Bab Kewangan Dengan Pasangan, Banyak Sebab Kena Berkongsi.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai pasangan yang beranggapan bahawa kewangan itu adalah satu hal peribadi yang tidak perlu dikongsi bersama pasangan. Sedangkan dalam hubungan itu semua perkara perlu dikongsi bersama. Malah ada juga pasangan yang sanggup membuka account bank lain semata-mata untuk menyembunyikan kewangan yang ada.

Tidak cukup dengan itu, ada yang akan menggunakan wang yang penting dalam urusan perbadi sedangkan wang tersebut untuk kegunaan bersama. Banyak perkara yang pasangan saling menyembunyikan apabila melibatkan kewangan ini, itu belum lagi bab-bab ambil duit pasangan.

Nak tahu betapa pentingnya berkongsi kewangan dengan pasangan ini, jom ikuti perkongsian Akhtar Syamir ini.

Kenapa Perlu Kongsi Tahap Kewangan Dengan Pasangan?



Selepas berkahwin, semuanya perlukan duit. Dari kehidupan seharian, makan, pakai dan keperluan diri sendiri dan anak-anak.

Namun, banyak pasangan yang merahsiakan tahap kewangannya. Selalunya suami jarang berkongsi berapa yang dia dapat, berapa yang dibelanjakan, berapa yang lebih dan berapa yang tak cukup.

Ini besar kemungkinan disebabkan ego seorang lelaki dan perasaan yang ini adalah tanggungjawab dia seorang. Jika ada masalah, perlu beritahu dan kongsi. Jangan hadap seorang diri. Tekanan dan masalah yang dihadapi bersama adalah lebih baik dari menanggungnya seorang diri.

Sebenarnya tak salah bab memikirkan yang ianya adalah tanggungjawab. Tetapi, isteri perlu tahu. Banyak kebaikan yang boleh sesuatu keluarga dapat jika tiada rahsia di dalam tahap kewangan keluarga.



Ini kerana, jika isteri tidak tahu tahap kewangan suaminya, akan ada masalah-masalah seperti berikut.

1. Kurang kepercayaan kepada suami. Isteri tidak percaya kerana suaminya tidak percaya kepada dia.

2. Akan ada sangsi dan prasangka. Isteri akan membuat andaian yang kerahsiaan itu ada sebabnya (selalunya sebab yang tidak baik dalam fikiran mereka).

3. Isteri jadi tidak faham mengenai kewangan. Terutamanya isteri suri rumah, apabila mereka jarang membeli sendiri barangan, mereka tidak ada atau hilang perasaan atau nilai sesuatu pembelian. Jadi, pertimbangan sesuatu benda itu murah atau mahal tidak akan setepat suami. Ini mungkin akan jadi masalah di kemudian hari apabila isteri itu terpaksa berdikari. Segalanya akan rasa mahal bagi dia.

4. Isteri susah untuk mengawal harapan sendiri atau perasaan inginkan sesuatu jika dia tidak tahu yang keluarga ada masalah kewangan atau tahap kewangan yang cukup-cukup sahaja. Dia tidak tahu suaminya tidak cukup duit. Jadi, apabila dia minta untuk inginkan sesuatu, boleh jadi perbalahan antara suami dan isteri.

5. Isteri tidak dapat memberi pendapat mengenai cara pengendalian kewangan oleh suami. Dua kepala lebih baik dari satu. Benar. Pendapat kedua itu memang penting. Ada kalanya, suami seorang tidak mampu untuk menguruskan kewangan. Ada kalanya, pengendalian kewangan itu sering ada ketirisan yang tidak dikongsi atau tabiat buruk yang tidak diketahui isteri.

Bagaimana pula dengan isteri yang bekerja? Adakah patut mereka berkongsi maklumat pendapatan dengan suami?
Bagi saya, perlu. Jika mahukan kepercayaan dan ketelusan suami, isteri juga perlu beri kepercayaan dan ketelusan suami. Ini tidak bermakna isteri wajib berkongsi pendapatan dengan suami. Hanya sebagai maklumat sahaja.

Perlu faham, memang suami itu wajib menyediakan segalanya buat isteri. Tetapi jangan tersilap faham antara keperluan dan kehendak. Sebagai contoh, rumah.

Yang wajibnya, suami perlu sediakan rumah untuk didiami bersama. Rumah yang asas itu wajib. Tetapi jika mahukan rumah yang lebih besar, bilik yang lebih banyak, rumah yang lebih cantik, hiasan yang lebih menarik dan sebagainya, ini sudah masuk di dalam kategori kehendak.



Jika berkehendakkan yang lebih, perlulah diusahakan bersama. Isteri perlu bantu di dalam hal ini. Sama juga dengan kereta dan lain-lain.

Jadi, mulalah berterus-terang dengan pasangan mengenai tahap kewangan masing-masing. Jangan sembunyi-sembunyi lagi. Biar pasangan tahu keluarga di tahap mana. Jika kurang, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan beban kewangan itu.

Perkara seperti tidak menggunakan pendingin hawa, tidak menggunakan astro, menjimatkan penggunaan air, kurang makan di luar dan lain-lain lagi boleh dilakukan untuk memperbaiki tahap kewangan yang sesak.

Dengan pemahaman tahap kewangan keluarga, boleh juga merancang pembelian di masa hadapan. Contohnya, jika kurangkan makan di luar dapat menjadikan lebihan RM50 sebulan dan disimpan, selepas setahun sudah ada RM600 simpanan yang boleh digunakan untuk beli apa yang dirancang.

Jangan lupa untuk terangkan perkara ini kepada anak-anak yang boleh memahami. Ini supaya mereka tahu kedudukan dan membezakan antara keperluan dan kehendak serta apa yang perlu dan apa yang tidak perlu.

Perlu saya tambah, cadangan ini bukan bermaksud memberi kawalan sepenuhnya kepada pasangan. Cukup sekadar memberitahu mereka keadaan kewanngan itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen