Sakit Hati Macam Mana Pun Dengan Pasangan, Jangan Jaja Aibnya. Berdosa Hukumnya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Masa bercinta, masa hubungan masih lagi berbau wangi, saling sayang menyayangi tak banyak yang anda nampak dalam buruknya pasangan itu. Tapi bila dah lama-lama dalam hubungan, dah tahu baik buruk dia. Rasa tak boleh nak terima baik buruknya, maka ramai orang mula membuka satu persatu aib pasangan sendiri.

Ada yang buat sebab sakit hati, ada yang baut sebab sengaja nak berkongsi malah pelbagai lagi sebab yang digunakan untuk menjaja aib pasangan.

Pasangan anda itu pernah membahagiakan hati anda, pernah ada ketika susah dan senangnya anda, tidak akan kerana sikit perkara membuatkan anda ingin berkongsi kepada orang ramai betapa buruknya pasangan itu?



Dah banyak kali orang bertanyakan tentang isteri atau suami yang suka buka aib rumahtangga sendiri. Banyak sangat berlaku. Lagi-lagi bercerita pada rakan sekerja di pejabat.

Ada senggang waktu sikit, mulalah mesyuarat tingkap bercerita hal keaiban rumahtangga sendiri.

Tak tahulah apa tujuan sebenarnya, tapi memang jenis suka bercerita hal dalam kain sendiri, dalam kelambu kepada orang lain. Hinggalah bab berjima' pun dia cerita.



Astagfirullah Hal Azim.

Kenapa sampai macam itu sekali? Bahkan ada kes hingga sanggup tunjuk gambar tak senonoh dia dan suami pada rakan-rakan sekerja sambil berbangga-bangga pula. Aduhai.

Tahukah yang perbuatan itu adalah berdosa dan haram?

Ya, berdosa dan haram hukumnya. Dalilnya:

وعَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ  قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ: إِنَّ شَرَّ النَّاسِ عِنْدَ اللَّهِ مَنْزِلَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ: الرَّجُلُ يُفْضِي إِلَى امْرَأَتِهِ، وتُفْضِي إِلَيْهِ، ثم يَنْشُرُ سِرَّهَا.
Dari Abu Sa’id al-Khudri berkata: “Nabi SAW bersabda: “Sungguh manusia yang paling buruk kedudukannya pada hari kiamat menurut Allah adalah orang lelaki menggauli isterinya dan seorang wanita menggauli suaminya, kemudian menyebarkan rahsia yang terjadi di dalamnya”.
[Hadis Riwayat Muslim, no. 1437]

Imam Nawawi rahimahullah berkata:

“Hadis ini menunjukkan bahawa haram hukumnya seorang lelaki menyebarluaskan apa yang terjadi antara dia dengan isterinya pada saat berjima', memberikan gambaran terperinci, termasuk apa yang terjadi pada seorang wanita pada saat melakukannya baik dari ucapan dan perilaku berjima'nya ataupun yang lainnya”.
[Rujuk Syarah Sahih Muslim: 10/9]

Ternyata jelas hukumnya adalah haram dan berdosa di sisi Islam (kecuali dalam kes tertentu, penghakiman atau perubatan).

Jadi, tak usahlah bercerita hal begitu lagi ya. Hentikanlah. Takutilah akan azab Allah SWT. Andai hilang rasa malu, tiadalah lagi beza manusia dengan haiwan.

Marilah bantu saya share artikel ini ya. Biar ramai tersedar. Yang dah tersalah buat, lekas segera bertaubat nasuha. Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Menerima Taubat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen