Bukan Sebelum Kahwin Je Kena Jaga Penampilan, Lepas Kahwin Pun Kena Melawa. Lagi-Lagi Di Depan Suami.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum berkahwin, ramai anak-anak dara ini sememangnya akan lawa dan menarik perhatian si jejaka. Mana tidaknya, ibu bapa mereka cukup menjaganya dengan baik, malah dirinya sendiri juga sanggup berhabis untuk menjaganya dengan baik.

Namun selepas kahwin semuanya berubah, isterinya yang dulu memakai selendang berlilit-lilit kini telah bertukar kepada tudung sarung yang hanya mengambil masa tak sampai seminit pun memakainya. Itu belum lagi, jika dahulu dirinya memakai makeup kini bedak pun jauh sekali.

Banyak isteri-isteri selepas kahwin sudah mula menjauhkan dirinya dengan perkara-perkara ini dengan harapan bahawa suaminya akan menerima segala kekurangan dan kelemahan dirinya, tapi suaminya pula memandang wanita lain kerana isterinya sudah tidak pandai berhias.



Isteri-isteri jangan selepas berkahwin lupakan segala makeup dan skincare yang membantu penampilan anda. Selepas kahwin lagi banyak usaha anda untuk kelihatan lebih cantik sebenarnya, bukan untuk orang lain tapi untuk suami anda juga. Rugilah kalau dah kahwin tak jaga penampilan dan kecantikan lagi.

Tahu, anda sedang sibuk menguruskan hal rumah tangga dan anak-anak, tetapi pandangan suami anda juga perlu diurus jangan biarkan ia memandang lain, jangan biarkan dia menyuarakan sesuatu yang melukakan hati anda.



Tak susah pun untuk menjaga kecantikan selepas kahwin ini;

1. Kenakan secalit lipstick pada wajah anda itu, jangan membiarkannya ia kelihatan suram dan tidak bermaya, bila ada lipstick kan kelihatan lebih berseri.

2. Jangan lupa untuk sapu sedikit bedak atau bedak asas pada wajah anda, barulah muka yang penuh dengan parut itu kelihatan lebih menyenangkan apabila melihatnya, malah lebih bermaya.

3. Kenapa apabila keluar rumah sahaja baru sembur minyak wangi, sedangkan suami di dalam rumah itu perlu dipikat sehabisnya. Cuba sebelum suami pulang kerja atau sebelum tidur malam kenakan sedikit semburan, tentu buat suami makin sayang.

4. Bila bab pakaian pula, memang kadang kala kurang enak dipandang suami. Mana tidaknya, di luar rumah dia melihat wanita-wanita yang cantik mengenakan pakaian yang menyenangkan mata tetapi apabila di rumah, isterinya bersama kain batik dan baju lusuh. Apa kata berkain batik bersama baju yang sedikit baru. Rasanya suami pun mengerti.

5. Jika dulu anak dara rajin membelit selendang, kini selepas kahwin sekadar tudung sarung sahaja. Mana boleh macam ini, kalau ya pun anda sibuk menguruskan anak dan suami, selendang itu tukarlah ke tudung bawal, barulah sejuk sedikit pandangan suami.

Mungkin kita akan marah dan tidak terima akan teguran ini, tetapi inilah realiti dalam perkahwinan. Jika anda yang tidak cuba mempertahankan, macam mana hubungan itu nak seperti pasangan bahagia yang lain. Isteri, ambil langkah segera!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen