Lelaki Bersifat Pendiam Ini Lebih Berbisa, Bila Jadi Pasangan Anda, Jangan Lupa Lakukan Perkara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jarang-jarang sekali kita nak jumpa seorang lelaki yang banyak bercakap dan membebel ini bukan, tapi yang terlalu pendiam pun sebenarnya akan peningkan kepala juga. Mana tidaknya, habis modal nak berborak dengan dirinya.

Tapi itulah, kalau orang perempuan ini banyak jenis, orang lelaki pun sama je banyak jenis.



Ada yang pendiam, penyabar, kelakar, banyak cakap, sombong dan pelbagai lagilah. Tapi ini yang buat ramai wanita senang dengan kehadiran diri mereka.

Orang perempuan tentu ada mempunyai ciri-ciri yang mereka minati, tapi ada juga yang berharap dapat pasangan yang kelakar tapi yang mereka dapat adalah pasangan yang pendiam. Okay, jangan sedih okay. Memang pening sikit nak layan lelaki yang pendiam ini, tapi tentu ada je cara yang sesuai nak buat hati mereka terus terpikat dengan anda.



Antaranya;

1. Terima sikapnya dengan terbuka.

Tak payah pening-pening nak suruh dia ubah sikap yang pendiam jadi peramah atau banyak cakap pula. Terima je siapa dirinya sebenarnya. Jika anda tidak menerima dengan hati yang terbuka, jangan terkejut jika hubungan tak menjadi dengan baik.

2. Jangan ada syak wasangka.

Bila nampak dirinya diam sahaja anda merasakan dia sedang melakukan kesalahan sedangkan dia sememangnya sebegitu. Jauhi segala syak wasangka kerana itu akan membunuh hubungan. Tapi jika nampak dia lebih diam berbanding biasa, apa kata anda bertanya akan keadaan dirinya, bukan buat andaian sendiri.



3. Anda perlu rajin berkongsi.

Jika dirinya susah nak mulakan perbualan atau sukar untuk berkongsi, apa kata anda yang rajin berkongsi dengan dirinya. Perkara-perkara ini boleh menjadi satu topik perbualan yang panjang jika anda tahu caranya. Malah dia juga begitu mudah untuk berkongsi cerita dengan anda.

4. Ketahui keperluan mereka.

Lelaki yang pendiam ini sememangnya sukar untuk bersuara, jadi anda sebagai pasangannya kena pandai baca sikapnya malah ambil tahu setiap perkara mengenai dirinya. Semakin anda kenal dengannya tentu membuat anda takut untuk kehilangan dia. Itu yang biasanya berlaku.

5. Untung miliki mereka ini.

Biasanya lelaki yang pendiam ini, lambat menyuarakan sesuatu tapi cekap mendengar bahkan sukar untuk marah. Jadi ini sebenarnya lebih baik kerana dirinya akan menjadi pendengar yang baik buat anda, malah dirinya akan menjadi pembimbing disaat waktu yang tepat.

Anda kena bijak untuk mengawal pasangan ini, tetapi bisanya lelaki pendiam ini lebih berbisa dari lelaki yang banyak cakap.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen