Buat Yang Masih Ternanti-Nanti Jodoh Atau Zuriat, Ayuh Sama-Sama Kita Amalkan Surah Al Anbiya Ayat 89 Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bab-bab jodoh dan juga anak ini sememangnya berada di luar bidang kita, sebagai hamba siapa kita untuk mempersoalkan kerja Allah swt. Apa yang kita boleh lakukan adalah berusaha dan memohon doa kepadanya agar disegerakan dalam keduanya, tidak kiralah bab jodoh mahupun anak.

Jangan hanya memeluk tubuh dan berharap bahawa perkara itu akan diberi terus kepada kita apabila tiba masanya.



Tanpa doa dan usaha siapalah kita untuk perkara sebegini.

Berikut perkongsian daripada Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria.

Baca Al Anbiyak ayat 89

Untuk sahabat/adik beradik atau sesiapa sahaja yang belum bertemu jodoh ATAU untuk yang sangat berhajat diberikan zuriat yang soleh solehah penawar hati. Amalkan doa ini. Sungguh-sungguh, setiap hari dan yakin.



Saya amalkan tiap kali tawaf waktu mengerjakan umrah tahun 2010 padahal ketika itu saya belum pernah kenal suami lagi. Tahun 2011 saya kahwin dan hujung tahun saya bersalin anak pertama.

Tidaklah segala sesuatu itu berlaku tanpa izin Allah.

Ada doa yang serasi dengan kita. Ada doa yang tidak sesuai untuk kita. Usahalah, dan terus membacanya seperti zikir harian di mana sahaja berada.

Doa ini 2 dalam 1 iaitu Jodoh dan zuriat.

Untuk yang kehilangan orang tersayang, bacalah doa musibah di bawah ini. Doa ini doa yang Nabi ajar khusus.
Jadikan sebagai zikir harian. Sungguh takkan rugi orang yang membacanya.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen