Suami Yang Baik Tentu Menyuruh Isteri Berbakti Kepada Ibu. Suami Yang Jahil Anggap Isteri Miliknya Seorang Dan Semestinya Tidak Ada Adab Dengan Ibu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Banyak ibu bapa masa kini yang kehilangan anak mereka selepas berkahwin, kalau anak lelaki, mereka masih lagi taat setia pada ibu bapa. Tetapi kalau anak perempuan, tentu sahaja mereka akan lebih rasa kehilangannya. Mana tidaknya, selepas berkahwin anak-anak perempuan ini akan mengikuti suaminya dan perlu taat kepada suaminya.



Ada yang menganggap selepas seseorang perempuan itu berkahwin, maka ibu bapa mereka itu bukan di atas tanggungjawab mereka lagi. Ini yang membuat ramai ibu bapa perempuan terasa terkilan akan perkara sebegini, sedangkan anak itu akan tetap menjadi anaknya selamanya dan ibu bapa mereka tetap menjadi tanggungjawab mereka.

Takde dalam Islam lepas kahwin anak perempuan tak wajib bertanggungjawab ke atas ibu. Selagi nama anak, selagi tu kena bertanggungjawab kepada ibu. Jangan gunakan alasan taat suami lepas tu abaikan ibu. Islam tak ajar macam tu.



Kalau korang anggap begitu pergi la masuk sekolah balik. Kecik-kecik ustazah dah ajar apa tanggungjawab anak. Kalau ibu miskin, orang susah, kita sebagai anak perempuan wajiblah kerja bantu ibu. Cukupkan keperluan ibu. Kalau suami tak izin berkerja, tanggungjawab membantu ibu sudah jatuh ke tangan suami. Menantu lelaki pun ada tanggungjawab kepada mertua. Lagi-lagi mertua yang miskin. Jangan cakap ibu mertua tu bukan tanggungjawab. Menantu lelaki perlu anggap mertua sama level dengan mak kandung sendiri.

Sedihnya ramai isteri harini lepas diri daripada tanggungjawab seorang anak kerana anggap lepas kawin kena taat suami. Kalau macam tu, siapa yang lahirkan korang? Siapa yang mengandungkan korang? Siapa yang sekolahkan korang? Siapa yang daftar korang dekat universiti, beli laptop bagi duit belanja..siapa?siapa yang banyak berkorban untuk melihat korang jadi anak yang berguna?

Jangan lah kita jadi anak tak kenang budi, anak derhaka dan tak kenang jasa ibu bapa. Ingatlah hari ini hari dia, esok esok hari kita. Kifarah itu berulang ulang. Maybe suatu hari hari nanti anak kita pula abaikan tanggungjawab kepada kita.



Kenapa ibu yang besarkan kita dengan kudrat dan kesusahan dan bila besar, suamilah segalanya. Suami tu esok-esok boleh cerai kita, kawen lain. Kita terkapai kapai takde tempat bergantung and at the end balik ke pangkuan ibu tempat mengadu.

Aku bukanlah baik tapi aku tak pernah cakap ibu aku bukan tanggungjawab aku. Ibu aku besarkan aku, sekolahkan aku, suruh aku jadi cikgu, dan walaupun ibuku lagi kaya daripadaku, nafkah ibu tak pernah miss..apa lagi kalau ibu orang susah. Suami aku tak dengar cakap ibu aku? Aku ingatkan lagi dia, aku pesan pada dia anggap dan hormati ibuku sebagai mana kau hormati ibumu.

Kalau tiada wang ringgit, kita masih ada kudrat dan tenaga untuk bantu ibu.bagilah apa yang termampu. Tak senang hidup, dan selamanya hidup miskin kalau terlampau berkira dengan ibu bapa.

Suami yang baik tentu menyuruh isteri berbakti kepada ibu. Suami yang jahil anggap isteri miliknya seorang dan semestinya tidak ada adab dengan ibu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen