Macam Mana Nak Jadi Suami Yang Baik? Ini Pesan Dari Seorang Suami Buat Bakal Suami.

Oleh: Zuzu Yasmine

Memikul tanggungjawab yang berat, menjadi tugas seorang suami itu bukanlah satu perkara yang mudah. Malah nak bijak dalam menguruskan hati isteri dan juga orang lain bukanlah satu kepakaran yang ada.

Apa yang kita faham akan tugas seorang suami yang baik? Adakah dia mampu memberi nafkah yang banyak setiap bulan? Adakah dia beri kesenangan hati pada isteri? Adakah dia seorang bapa yang terbaik buat anak-anak.



Tak banyak yang kita tahu mengenai seorang suami yang baik tapi kita boleh fikirkan selepas baca perkongsian Mohd Fhais ini.

How to become a good husband?

Lelaki ada banyak harta atau pangkat tinggi tak semestinya bagus jadi suami. Malah ada suami yang makin banyak duit makin banyak pula cekadak dia.

Menurut kata hati saya suami yang baik ialah suami yang tekun memberi yang terbaikdan sanggup meninggalkan segala tabiat lama yang tak beri manfaat.

“ Give the best and leave the rest “

Suami yang baik mesti la sanggup merendahkan ego dan mengaku jika tersilap.

Suami yang baik mesti la sanggup melupakan hobi lama yang tak beri manfaat pada keluarga dan bina hobi baru dengan keluarga.

Suami yang baik mesti la sanggup menerima kritikan dari orang lain demi melaksanakan tanggungjawab pada keluarga.

Suami yang baik mesti la sanggup berhenti dari buat perkara tak bermanfaat dan memberi ancaman pada keluarga sebagai contoh merokok. Anak isteri jadi perokok pasif dan 2 kali ganda lebih berbahaya dari perokok sebenar.

Suami yang baik mesti la sanggup tahan diri dari mengikut nafsu kehendak dan lebih utamakan keperluan. Malah lebih utamakan keperluan anak isteri daripada diri sendiri.

Suami yang baik mesti la tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan daripada anak isteri hanya kebahagiaan mereka jadi motivasi untuk terus berbakti.

Dan suami paling baik ialah suami yang tak pernah lalai dalam mendidik isteri ilmu agama dan yang tak pernah gagal memberi nafkah pada isteri.

Wallahu A’lam,

Mohd Fhais
Belum cukup baik lagi

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen