Mahalkan Cintamu, Jangan Mudah Terpedaya Dengan Cinta Mainan...

Oleh: Zuzu Yasmine

Perasaan cinta itu telah dititipkan di dalam diri setiap manusia sejak di awal kewujudannya lagi. Apabila dia sudah meningkat dewasa, dengan sendirinya dia akan mengerti dan mengenal apa itu cinta yang sebenar-benarnya. Pada masa itu juga dia akan sedar bahawa cintanya adalah khas buat seseorang dan begitu juga dirinya, memerlukan cinta daripada seseorang.


Namun, jangan terpedaya dengan cinta pada awalan sahaja. Adakala kita sudah berjuang habis-habisan demi cinta, berusaha mati-matian demi mendapatkan cintanya, apabila sudah dapat, dengan mudahnya si dia berpeling tadah mahalah cinta kita langsung tidak bererti lagi. Jelaslah di situ bahawa kita sudah memberi cinta kepada orang yang salah. Mungkin kerana cintanya sudah tidak lagi untuk kita sahaja, atau mungkin sudah hilang dari hatinya. Segala kemungkinan itu ada, cuma bergantung kepada kebenaran dan kejujuran dia dalam memberi jawapan sahaja.



Seseorang yang telah berkorban banyak demi cinta, apabila dikecewakan, pastinya dia lebih merana dan terkesan untuk jangka masa yang lama. Bukan kerana tidak menerima, tetapi merasakan seolah-olah dirinya tiada nilai dan harga, dipermainkan dengan mudah dan bersahaja, apakah cinta itu tiada nilainya? Atau selama ini Cuma pura-pura?

Benar, siapapun boleh bercinta, siapapun boleh mempunyai teman untuk saling mencinta, namun tak semua tahu ertinya cinta, tak semua tahu nilai cinta itu lebih tinggi berbanding harga. Benar kata orang, cinta yang senang dimiliki pasti kelak senang juga dilepaskan. Oleh itu, janganlah memberi cinta dengan mudah dan murah, mahalkan cintamu, nescaya untuk dilepaskan juga berat.



Indahnya bila cinta dibalas cinta, indahnya bila cinta dihargai untuk waktu yang lama. Saling rasa memerlukan, saling rasa tidak ingin kehilangan. Sedarlah dari mimpi bahawa bercinta itu tak semudah yang anda jangkakan. Banyak hati perlu dijaga, banyak sudut perlu diperiksa. Ternyata benar tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima. Namun sebagai penerima juga, hargailah pemberian dan jangan sesekali mengkhianati dengan sewenang-wenangnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen