Macam Mana Nak Pakai Baju Pengantin Ini Kalau Lemak Sana Sini, Eh Kejap Cuba Tips Guna Daun Sirih ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa kata orang berbadan besar ini mempunyai masalah dalam mencari jodoh? Sudah tentu tidak, jodoh ini adalah ketentuan Allah yang telah ditakdirkan buat sesiapa sahaja. Mungkin kadang kala mereka yang berbadan besar ini akan mudah terasa rendah diri kerana keadaan tubuh badan tetapi jangan risau.

Kan, ada satu kajian yang menyatakan bahawa lelaki lebih menyukai wanita yang memiliki tubuh badan yang agak berisi. Malah memiliki pasangan yang berisi ini tidak akan membuat suami ke seorangan di meja makan kelak.



Akan tetapi bila nak berkahwin, tentu sahaja mereka ini pun nak kelihatan cantik dan menawan tapi untuk mendapatkan tubuh badan ideal bukan suatu perkara yang mudah, ia memerlukan pengorbanan. Jika anda bukan seorang yang penyabar, kemungkinan besar harapan untuk mendapatkan bentuk badan ideal hanya tinggal kata-kata.



Sebenarnya ada cara semulajadi yang dikatakan berkesan untuk menghilangkan lemak di dalam badan terutamanya bahagian pinggul, peha dan perut. Iaitu dengan menggunakan daun sirih. Dikatakan amalan petua ini turut membantu mengeluarkan toksin dalam badan melalui air kencing.



Bahan-bahan yang diperlukan;

• 140 helai daun sirih,
• 11 gelas air,
• 1 sudu besar garam
• 1 sudu teh adas manis.
• M.O.nya panaskan semua bahan-bahan tu dalam periuk tanah sehingga mendidih.
• Minum lah ramuan yang dah siap dididih tu sebanyak 3 kali sehari.

Satu peringatan ialah jangan sekali-kali disimpan ramuan yang siap tersebut kat dalam peti sejuk kerana dikatakan ia boleh menyebabkan perut buncit jika diminum.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen