Bila Dah Kahwin Nanti Mesti Nak Ada Kelurga Bahagia, Jom Sama-Sama Kita Amalkan Doa Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa sahaja yang tak menidamkan keluarga bahagia, sudah tentu semua orang mahukan. Kelurga yang begitu menenangkan, yang ingin membuatkan kita ingin selalu bersama mereka. Malah, kalau pulang ke rumah kita disambut dengan keriangan.

Itu adalah angan-angan kita dalam membina sebuah keluarga.



Sebagai orang dewasa yang bakal menjadi ibu mahupun bapa kepada anak-anak nanti, tentu sahaja kita sudah mengharapkan satu pembentukan keluarga bahagia yang kita berjaya bina bersama insan yang kita cintai.

Walaupun sekarang ini sekadar angan-angan atau baru sahaja sebagai permulaan, tetapi kita sudah boleh mengamalkan doa-doa ini.

4 Doa Keluarga Bahagia Utk Diamalkan :

1. Doa Agar Menjadi Keluarga Terbaik

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
“Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami pasangan dan zuriat yang menyejukkan mata dan jadikanlah kami sebagai ikutan bagi orang bertakwa.” (Surah al-Furqan 25: 74)

2. Doa Agar Ahli Keluarga Menjadi Orang Soleh

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي,
رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء,
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ,
وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ,
“Wahai Tuhan kami, jadikanlah aku orang yang mendirikan solat dan demikian juga keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankan doaku. Wahai Tuhan kami, ampunilah aku, kedua-dua ibu bapaku dan orang beriman pada hari perhitungan.” (Surah Ibrahim 14: 40-41)

3. Doa Suami-Isteri

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
“Wahai Tuhan Kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan menyayangi kami, nescaya kami menjadi orang yang rugi.” (Surah al-A‘raf 7: 23)

4. Doa Agar Tiada Dendam Sesama Ahli Keluarga

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالإِيمَانِ
وَلا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا
لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ
“Wahai Tuhan Kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami sebarang perasaan hasad dengki dan dendam terhadap mana-mana orang beriman. Wahai Tuhan kami! Sungguhnya Engkau Maha Pelembut DAN Maha Pengasih.” (Surah al-Hashr 59: 10)

Semoga bermanfaat...

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen