Jangan Mengeluh Kalau Diberi Rezeki Anak Perempuan Yang Ramai, Besar Rahmatnya Buat Suami Isteri Bila Miliki 3 Anak Perempuan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila cakap mengenai anak perempuan ini, sudah tentu akan ramai yang akan menyuarakan bahawa sukarnya untuk mendidik anak perempuan ini. Nak menjaga maruahnya, nak melindungi dirinya malah nak memastikan bahawa dirinya sentiasa dibahawa pengawasan yang sepatutnya tersangatlah sukar.

Itu yang ada samakan bahawa menjaga lembu sekadang lebih mudah untuk menjaga anak seorang. Tapi bagaimana kalau rezekinya menerima anak perempuan lebih dari seorang. Jangan risau kalau miliki anak perempuan yang ramai, itu adalah rahmat terbesar buat sepasang suami isteri.



Anak perempuan merupakan amanah yang sangat sukar untuk menjaganya. Namun, semakin berat ujian itu, semakin anda dekat dengan Maha Pencipta. Jika kelahiran anak pertama adalah perempuan, kedua pun perempuan, mesti ramai yang akan menganggap bahawa kelahiran seterusnya anak lelaki.

Akan tetapi, rezeki cahaya mata itu ketentuan Tuhan, ramai juga yang tetap dianugerahkan anak perempuan. Maka, ketiga-tiganya adalah anak perempuan berturut-turut. Mesti di hati terselit sedikit rasa kecewa namun ketentuan Ilahi ini harus kita terima dengan redha. Rezeki anak urusan Dia Yang Maha Esa.Ada di antara ahli keluarga atau teman yang akan berkata ‘Ha! Perempuan lagi?” tapi hendaknya kita tidak mudah tersentuh dengan luahan seperti itu.

Hakikatnya pasangan yang memiliki tiga orang anak perempuan mempunyai kelebihan yang tersendiri malah disebut oleh Rasulullah s.a.w.



Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud :

“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”

Seorang lelaki bertanya,

“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”

Sabda baginda,

“Juga untuk dua anak perempuan.”

Seorang lelaki berkata,

“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”

Rasulullah s.a.w menjawab,

“Juga untuk seorang.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”

Baca Juga Tiada Dalam Hadis Sahih Mengatakan Isteri Sanggup Bermadu Dapat Payung Emas!
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)



Daripada Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya :

“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Maka, daripada ayat-ayat ini kita boleh melihat betapa banyaknya kelebihan dalam memiliki ramai anak perempuan. Apatah lagi jika ibu bapa menjaga serta mendidiknya mengikut landasan yang betul dan anak itu sendiri patuh pada suruhan agama. Ia boleh menjadi pelindung ibu bapa daripada api neraka.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen