Buat Wanita... Dalam Mencari Jodoh Itu, Jangan Kita Lakukan Perkara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila umur semakin meningkat, selalunya wanita akan menjadi lebih bimbang jika masih tiada yang melamar dirinya. Jika sudah mempunyai pasangan mungkin masih dikira sebagai menunggu waktu yang sesuai tetapi kalau yang tidak ada pasangan lagi tentu sahaja akan bimbang.

Setiap orang ingin bertemu dengan jodohnya sendiri, bahkan kalau boleh jodoh yang hadir itu akan datang pada masa yang sepatutnya. Di mana keadaan seorang wanita itu tidak begitu tua mahupun tidak begitu muda, tapi itulah perancangan Allah sudah tentunya hebat.

Bila keadaan semakin mendesak anda untuk cari pasangan, tentu sahaja ia akan membuatkan anda sedikit terburu-buru dalam memilih. Bukan anda sahaja yang rasa terdesak tetapi keadaan sekeliling, keluarga malah mulut-mulut orang.



Siapa je tak stress macam ini?

Itu belum lagi jika anda ini mempunyai adik dan mereka telah berkahwin dulu dari anda. Sedikit sebanyak sudah tentu terasa.

Kalau orang lelaki bila kahwin lambat itu bukan satu hal yang membimbangkan, tapi kalau buat wanita tentu ia perkara yang merisaukan.

Namun dalam rasa teringin sangat jodoh itu, jangan anda lakukan perkara ini pula.



Percaya kepada perancangan Allah yang terbaik, jangan disebabkan anda rasa anda dah jauh ketinggalan berbanding rakan anda yang lain menyebabkan anda terburu-buru dalam mencari pasangan. Sesiapa yang anda rasa sesuai dan berkenan di hati itulah yang menjadi pilihan. Atau sesiapa yang mendekati anda itu yang dipilih. Chill, okay. Kalau jodoh kita lambat tentu ada hikmah disebaliknya.

Bahkan jangan juga lakukan perkara ini. Anda rasa sesiapa yang mendekati anda itu menyukai anda, sedangkan mereka ini hanya datang untuk mengenali anda. Oleh kerana, anda rasa mereka sukakan anda lalu anda memaksanya untuk berkahwin dengan anda. Anda memaksanya untuk terima anda. Jangan buat ini okay, kita wanita ada maruah yang perlu dijaga. Lainlah kalau anda yang pinang mereka.

Bukan itu sahaja, bila dah rasa kesunyian dan ingin memiliki jodoh ini, anda juga akan meletakkan satu pengharapan tinggi terhadap seseorang. Perkara ini jangan sesekali dilakukan. Ini kerana, satu harapan yang tinggi itu hanya melukakan hati anda sahaja, sebabnya kita tak tahu bagaimana penghujung cerita kita.



Jangan hilang kepercayaan kepada Allah. Semua orang tahu akan perasaan kecewa apabila perkara yang diharapkan tidak menjadi. Tetapi dari terus putus asa, lebih baik kalau perbanyakkan amal ibadah malah sentiasa berdoa kepada Allah. Ini kalau solat pun malas macam mana Allah nak bagi jodoh awal.

Sebagai seorang wanita, tentunya anda ada sesuatu yang perlu dijaga, tidak salah jika anda meminang lelaki jika sudah berkenan dengan dirinya untuk dijadikan suami, akan tetapi salah sekiranya anda tidak menjaga maruah diri hanya kerana inginkan pasangan hidup.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen