Suami Ini Harapan Setiap Isteri, Jangan Pernah Abaikan Setiap Permintaan Yang Dipinta Walaupun Akan Perkara Yang Mudah.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ada setengah suami dirinya seronok apabila isterinya itu mampu berdikari dengan sendirinya, tetapi ada pula suami yang suka jika isterinya itu sentiasa mengharapkan bantuan darinya. Anda yang mana?

Rasanya kita tahu keburukan jika membiarkan isteri terlalu berdikari sendiri, kerana ia boleh membuatkan isteri itu tawar hati sedikit demi sedikit. Tapi jika suaminya ada saat isterinya perlukan, sudah tentu rasa sayang sentiasa mekar di dalam hati, bahkan segala yang dihadapi akan baik-baik sahaja.



Sedikit kisah dari Mohd Fhais ini sememangnya ada betulnya. Saat isteri masih mengharapkan suaminya, itu sebenarnya satu perkara yang patut disyukuri.

Dapur rumah saya ni dah seminggu lebih bergelap.



Kalau saya tak baiki, tak ada seorang pun dalam rumah ni yang akan cuba baiki. Terutama isteri saya. Yang dia tahu cuma cakap bang bila nak baiki lampu dapur.

Bukan setakat lampu je, paip bocor, pintu rosak malah tandas tersumbat pun orang perempuan ni akan suruh suami yang uruskan.

Seolah olah dalam fikiran orang perempuan ni sebut nama lelaki je kena hebatbertukang, kena hebat baiki lampu, baiki pintu dan hebat flush tandas tersumbat.

Sedangkan hakikatnya tak semua lelaki tahu buat semua ni !!

Nak baiki lampu ni pun dalam hati takut takut nak sentuh wayar mana satu pun tak tahu. Kang kena renjatan elektrik lain pula jadinya.

Kebanyakkan masa baiki buat buat macam tahu tapi hakikat tak tahu apa pun. Janji ada cuba buat dulu sebelum bagi alasan kerana ini harapan isteri.

Lampu rosak tak menjejaskan pun hubungan suami isteri. Tak ada pula sampai kalau lampu rosak hubungan suami isteri tu terjerumus di dalam lembah kegelapan.

Kalau tandas tersumbat pun paling kuat air melimpah je tak ada la sampai hubungan suami isteri tu masuk air.

Tapi sekiranya isteri minta tolong suami buat sesuatu dan suami tak bantu besar kemungkinan hubungan suami isteri boleh retak seribu. Boleh terjerumus ke lembah kegelapan walaupun lampu rumah terang benderang.

Suami ni harapan setiap isteri. Tak ada isteri yang tak pernah tak letak harapan tinggi pada suami. Buruk macam mana pun suami tu, harapan seorang isteri tak pernah luntur.

Setiap isteri pasti mahukan suami yang selalu membantu, sentiasa ada bila diperlukan dan paling penting bertanggungjawab. Kaya dan banyak harta tu bonus!

Satu lagi kena ingat! Anak-anak sentiasa melihat reaksi ayahnya terhadap ibu. Jika ayah selalu bantu ibu, dengan sendiri anak akan membesar jadi lelaki yang boleh di harap, jika sebaliknya yang dia lihat maka faham-faham je la.

Wallahu A'lam,

Mohd Fhais

Terima kasih sebab tak pernah berhenti berharap pada suami anda.

p/s : Ucaplah terima kasih pada suami korang yang rajin dan hebat tukang di rumah sesungguhnya itu rezeki dalam rumahtangga.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen