Jangan Takut Untuk Berkahwin, Dengan Perkahwinan Ia Tidak Akan Mengurangkan Rezeki Anda, Tetapi Akan Membuka Lorong Rezeki Yang Tidak Terduga.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jangan takut nak berkahwin awal, kerana ada perkara yang baik menanti. Sekiranya anda merasakan bahawa dengan perkahwinanitu akan membuat anda miskin, itu adalah alasan buat mereka yang tidak mahu meneruskan hubunga sahaja. Jangan merasakan bahawa dengan perkahwinan ini akan membuat hidup anda tidak bahagia, ketahuilah ia adalah jalan rezeki melimpah ruah.

Jika anda merasakana dengan berkahwinitu membuatkan hidup menjadi sukar, bukan kerana perkahwinan tersebut hidup anda sebegitu tetapi Allah sedang meningkatkan kedudukan anda di mata-Nya. Sekiranya anda berkahwin dan anda takut akan kekayaan anda akan hilang, sebaliknya perkahwinan itu adalah membawa rezeki yang tidak dijangka. Ini kerana, rezeki anda akan datang melalui isteri mahupun anak-anak.



Adakah anda hanya menilai perkahwinan itu berdasarkan harta sahaja? Sedangkan banyak lagi perkara baik dalam perkahwinan ini. Percayalah bahawa dengan perkahwinan yang dibina itu, adalah Lorong-lorong rezeki dan pahala buat suami isteri. Malah jangan takut akan ujian yang datang menimpa, itu kerana ujian untuk kita lebih dekat dengan diri-Nya malah untuk kuatkan iman diri kita.



Kalau merasakan pasangan kita itu bukan orang yang hebat, bukan anak orang kaya ataupun tidak memiliki pelajaran yang tinggi, jangan pandang itu semua. Tetapi pandang adakah dia itu sanggup bersusah senang dengan kita, adakah dia mampu membimbing kita ke jalan Allah ataupun adakah dia mudah dibimbing kita.

Kesenangan harta dan kekayaan itu belum tentu menjadi satu jamin untuk sepasang suami isteri itu bahagia. Akan tetapi ia boleh menjadi punca goyangnya satu perkahwinan yang dibina walaupun didasari dengan rasa cinta yang mendalam.



Suami, isteri dan anak-anak boelh jadi lorong rezeki yang melimpah ruah tanpa kita duga jika kita tahu menghargai mereka ini. semakin bahagia isteri dan anak-anak maka, semakin murahlah rezeki kita bersama.

Jangan takut untuk berkahwin kerana merasakan bahawa ia satu beban, tetapi anggap ia sebagai satu peluang yang kita patut rebutkan dengan segera. Kalau nak kaya, maka kahwinlah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen