Orang Perempuan Bila Ikutkan Emosi Memang Semua Benda Main Lepas Je, Tapi Bila Dah Jadi Isteri Cuba Kawal 5 Perkara Ini. Baru Boleh Jadi Isteri Solehah.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dah nama pun hidup dalam rumahtangga, sudah tentulah akan ada perselisihan faham. Tak ada satu pun rumahtangga yang tidak mengalami perkara ini. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.

Bila berlakunya pertengkaran atau perselisihan faham ini, biasanya isteri adalah orang yang akan memanaskan keadaan bukannya suami. Ini kerana, mana-mana perhubungan pun, isteri akan lebih mudah terbawa emosi jika hendak dibandingkan suami.



Selalukan kita tengok, suami akan lebih banyak senyap manakala isteri akan cuba minta penerangan atau penjelasan yang sepatutnya.

Tapi itulah, kadang kala kita ini sebagai isteri bila dah marah terus lupa nak hormat suami, apa yang keluar dari mulut itu semua sedap mulut je. Langsung sikit pun tak jaga hati suami yang mungkin terluka akan kata-kata kita atau perbuatan kita.

Bergaduh dalam hubungan itu perlu tetapi jangan sampai melukakan hati suami sendiri.



Nah, isteri-isteri bila bergaduh dengan suami jangan buat perkara ini.

1. Mengungkit yang lepas-lepas.

Orang perempuan ini kalau suruh cakap benda lepas, memang habis semua perkara akan berbangkit. Tak kiralah sekecil mana pun, pasti akan diingati dengan jelas dan terperinci. Kalau dengan suami tak boleh nak bergaduh seperti ini, kita perlu kata yang baik-baik jangan sampai mengabikan suami kita.

2. Jangan terus guna nada yang tinggi.

Kadang memang tak boleh nak kawal pun, sebabnya bila rasa marah dah naik terus nak melenting bagai tak ingat dengan siapa kita bergaduh. Itu belum lagi guna nada suara yang tinggi, lagilah buat suami punya kemarahan pun mendidih sekali. Perkara sebegini tak boleh berlaku sebenarnya.



3. Bergaduh depan anak-anak.

Kalau ye pun rasa marah sangat, tahan dahulu jangan bergaduh depan anak-anak. Ini akan menjatuhkan maruah suami depan anak-anak. Bahkan, ia juga akan menimbulkan rasa hilang hormat anak-anak pada suami. Ingat suami ini ketua keluarga.

4. Jangan guna kata-kata kesat.

Jangan sesekali menggunakan kata-kata kesat dengan suami kita. Setiap apa yang kita katakan itu adalah satu doa. Jadi sebagai seorang isteri kita seharusnya doakan yang baik-baik buat suami kita, bukannya cakap yang bukan-bukan sehingga tuan badan terguris hati mendengarnya.

5. Jangan sampai tak bertegur sapa.

Suami isteri ini saling memerlukan, jangan sampai tidak bertegur sapa. Kalau nak merajuk atau nak marah, cukuplah sebentar sahaja. Jangan terlalu lama hingga memberi kesan pada hubungan anda. Kadang tak salah kalau isteri yang mengalah dulu.

Kalau betul sayangkan suami, lebih baik maafkan sahaja apa yang suami lakukan itu. Pertengkaran ini sebenarnya adalah proses untuk kita kenal lebih dalam lagi pada pasangan. Jika kita yang jernihkan hubungan dahulu, tentu pasangan akan lapang dada dengan kita.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen