Nak Pilih Isteri Bukan Hanya Pandang Pada Kecantikan Je, Tapi Kalau Dia Ada 5 Hobi Ini Baik Jauhi.

Oleh: Zuzu Yasmine

Nak cari bakal isteri ini bukan nak cari yang cantik sahaja, tetapi kena cantik luar dalamnya. Isteri ini bukan sahaja nak jadi peneman hidup kita tetapi mereka ini juga akan menjadi ibu-ibu kepada anak kita. Bagaimana kelakukan anak kita kelak semuanya atas bimbingan dan didikan ibunya.

Selalunya bila bercakap pasal bakal isteri ini, tentu orang lelaki akan cakap nak yang cantik, nak yang up to date, nak yang putih mulus, nak yang solehah bahkan nak juga yang tahu masak. Kalau ikutkan nafsu dan kehendak kita dalam mencari isteri sudah tentulah banyak benda yang kita mahukan.



Tapi itulah mana boleh main tapis bakal isteri melalui luarannya sahaja tetapi dalamannya juga kena tengok sikit-sikit. Orang kata, luaran yang tak elok boleh perbaiki tapi kalau dalamannya tak susah nak repair.

Sedikit tips buat lelaki-lelaki yang sedang mencari jodoh, jangan dinikahi wanita yang memiliki 5 hobi ini.

1. Suka berbohong.

Islam tidak suka dengan mereka yang berbohong. Ini kerana berbohong boleh membawa kita kepada dosa yang lebih besar. Pada mulanya mungkin dia hanya berbohong pada hal-hal yang kecil tapi lama-lama dia akan berbohong akan hal yang lebih besar. Kebohongan ini boleh menyababkan pergaduhan antara suami isteri, sebab itu dia tidak digalakkan untuk dinikahi.

2. Suka akan hiburan.

Tak salah untuk berhibur, tapi jangan sampai keterlaluan, sikit-sikit sudah memadai. Ini kalau sampai sanggup lupakan tanggungjawab malah memilih untuk berseronok bersama rakan-rakannya, itu bukanlah satu perkara yang sesuai. Nak-nak lagi mereka ini ialah ibu kepada anak-anak kita. Ini bertentangan dengan ajaran Islam yang mengharuskan seorang wanita untuk menjaga urusan rumah tangga sebagai ibu atau isteri. Jangan biarkan memilih wanita yang salah, kita tidak mendapat perhubungan perkahwinan yang sempurna malah ia belum tentu kekal lama.



3. Suka melihat lelaki lain.

Seorang wanita yang telah berkahwin akan menjaga maruah suaminya serta ahli keluarganya. Sebab itu bila memilih kita perlukan wanita yang tahu akan perkara ini. Bukannya dengan wanita yang sewenangnya bersama dengan lelaki yang bukan mahramnya sehingga jatuh fitnah. Islam melarang seseorang yang telah berkahwin mempunyai hubungan dengan berlainan jantina, kalau bergaul atas sebab-sebba tertentu tidak mengapa tetapi jika disengajakan, inilah sifat wanita yang tidak boleh dikahwinkan.

4. Suka berkata-kata kesat.

Bukan lelaki sahaja yang tidak boleh keluarkan kata-kata kesat tetapi seorang isteri juga tidak boleh keluarkan kata-kata yang tidak sedap didengari ini. Ini kerana, kata-kata sebegini akan memberi kesan kepada psikologi seseorang. Sebab itu, tidak digalakkkan untuk berkahwin dengan wanita seperti ini.



5. Suka berbelanja dan memandang kebendaan.

Tidak salah untuk berbelanja jika ia tidak membebankan suaminya. Tetapi ia jadi salah apabila si isteri tidak tahu segala permintaannya itu membebani suaminya. Malah akan menjadi satu pertengkaran sekiranya kehendaknya tidak diikuti. Lainlah kalau suaminya berkemampuan, sudah tentu wanita sebegini tidak akan menyusahkan suaminya.

Nak cari suami ini bukan hanya pandang luaran yang nampak cantik dan molek sahaja, tetapi pandang juga dalamnya yang mungkin sebaliknya. Kita bukan nak cari pasangan hidup yang sementara tetapi isteri dan ibu kepada anak kita untuk selamanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen