Jodoh Tak Akan Mendekati Dengan Bercinta Malah Tak Akan Menjauh Dengan Single. Tapi Akan Datang Saat Waktu Yang Tepat.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jangan mudah cemburu dengan melihat kebahagiaan orang lain, lagi-lagi kalau mereka itu belum ada ikatan yang sah lagi. Siapa je yang tak cemburu bila melihat hubungan cinta mereka yang bertahun-tahun itu masih kekal hingga sekarang, malah boleh jadi hubungan itu mampu hingga ke jinjang pelamin.

Jangan anda mencari pasangan sebab ingin rasa nikmatnya bercinta dan bermesra dengan seseorang yang belum tentu menjadi pasangan yang halal buat anda, sedangkan yang halal itu sebenarnya lebih seronok berbanding yang haram.



Jangan malu kalau hubungan yang anda bina dahulu putus ditengah jalan, sedangkan sudah bertahun-tahun anda bersamanya tapi apa kan daya jodoh tak kesampaian. Tak luak pun kalau anda ini single bertahun-tahun sehinggalah berjumpa dengan seseorang yang tepat dan sememangnya jodoh anda.

Jodoh itu telah ditetapkan oleh Allah swt, tidak kiralah cepat atau lambat, tapi yang penting ia akan muncul pada waktu yang tepat untuk diri kita. Jangan bersedih percaya kepada jalan yang telah Allah takdirkan.

Rasa sibuk nak bercinta, rasa nak pertahankan hubungan yang bertahun-tahun, bahkan rasa cemburu melihat pasangan yang bercinta bertahun-tahun itu perkara biasa sebagai manusia, tetapi kadang kena buka mata, adakah dengan bercinta bertahun-tahun ini sebenarnya membuktikan bahawa dia itu jodoh sebenar yang ditunggu? Atau sekadar satu persinggahan sebelum bertemu dengan jodoh sebenar?



Daripada menjadi wanita yang diinginkan oleh banyak lelaki, lebih baik menjadi wanita yang dihormati lelaki.

Bila bercinta, mungkin anda akan menjadi rebutan ramai lelaki tetapi bila anda single ramai lelaki yang tidak memandang malah tidak menghiraukan anda. Betul, aura cinta itu membuatkan seseorang itu kelihatan lebih yakin dan cantik tetapi itu bukan bermakna anda yang bujang ini tidak cantik atau sebaliknya.

Apa yang tersembunyi di dalam diri anda itu masih belum terserlah di mata-mata lelaki. Sebab itulah anda kurang mendapat perhatian berbanding mereka yang sudah berpunya. Jangan risau, akan ada seseorang yang akan melihat permata di dalam diri anda.

Dari sini kita dapat lihat bahawa yang sebegini akan lebih dihormati oleh orang lain. Bukan untuk dicuba atau dipermainkan hatinya.



Jangan bimbang kalau masih belum pernah merasai nikmatnya cinta, kerana cinta sejati akan segera melamar anda.

Dalam mencari cinta itu, jangan meratapi kerana merasakan tiada siapa yang sudi, tetapi tetap terus kuat untuk memperbaiki diri. Agar apabila seseorang datang melamar, rasa bersedia untuk kita kecapi saat bahagia itu.

Cinta yang sebetulnya tidak akan mengajak anda untuk bercinta bertahun-tahun tetapi akan mengajak anda untuk segera halalkan cinta yang ada.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen