Bila Nak Cari Kunci Dalam Handbag, Mesti Tak Jumpa. Ini 11 Barang Wajib Dalam Bag Tangan Wanita. Yang No 10 Tu Lelaki Selalu Mintak.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalu kita tengok orang perempuan ini kalau bawa handbag bukan main besar sekali, tapi kalau tiba dia nak bawa yang kecil, kecil sangat pula. Apa yang diisi dekat begnya itu, sedangkan nak keluar sekejap je bukannya nak keluar sampai dua tiga hari.

Apa yang lebih meyakinkan bahawa mereka ini bawa banyak barang adalah apabila diangkat begnya beat semacam je, itu belum ditambah kalau nak cari telefon atau kunci yang memang akan makan masa. Mana tidaknya tak jumpa cari.



Tapi ada untungnya orang perempuan ini bawa beg besar-besar, boleh juga orang lelaki tumpeng sedikit kan walaupun mereka sendiri yang cakap “nak buat apa bawa beg besar-besar”.

Selalunya apa yang orang perempuan letak dalam beg mereka, nak tahu jom teruskan.

1. Purse

Ini benda yang penting sekali, kalau tak ada ini mana boleh nak shopping ataupun keluar jauh dari rumah. Rasanya rata-rata wanita tak akan tinggal purse mereka melainkan kalau mereka ini suka minta orang belanja.

2. Lipstick

Orang perempuan ini bukan ada satu je lipstick, tapi berbatang-batang. Itu belum lagi mengikut jenis, kegunaan, warna dan jenama. Sebab itu mereka perlu sediakan satu dalam beg mereka. Malah mereka juga akan touch up semula lipstick mereka bila dah berkurangan. Barulah kekal berkeyakinan.

3. Telefon bimbit

Apabila sudah menjadi wanita sejati ini, biasanya teleon bimbit diletakkan di dalam handbag, bukan lagi diselit di dalam poket seluar sepeti zaman remaja dulu. Haa sebab itulah kalau nak call wanita ni kena call 2 kali, kali pertama untuk dia selongkar begnya mencari telefon, kali kedua baru jumpa dan boleh jawab.



4. Kunci

Tak semua wanita letakkan kunci rumah atau kunci kereta di dalam handbag. Ada juga yang letakkan di dalam poket seluar sahaja, itu mereka yang simple. Namun ada juga wanita yang langsung tidak meletakkan barang di dalam seluar sebaliknya ditempatkan di dalam handbagnya.

5. Gula-gula

Jangan terkejut kalau dalam handbag mereka ini ada gula-gula. Ini sebenarnya membantu mereka untuk kekalkan nafas yang segar. Ala, tapi biasanya gula-gula zaman bila entah masih tak makan lagi.

6. Losyen

Biasalah orang perempuankan pentingkan kecantikan kulit, sudah tentu mereka ini tak akan tinggal losyen selepas keluar berjam-jam. Ini kerana, losyen akan membantu mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit mereka.



7. Bedak

Selepas seharian keluar sudah tentulah kena touch up bedak juga, itu baru bedak kalau dibuatnya mereka ini bawa satu set lengkap makeup, lagi pening kepala kita tengok. Mana tidaknya, selepas solat tak akan nak biarkan muka tanpa apa-apa penyeri wajah.

8. Pin tudung

Betulah orang cakap, kalau minggu ini beli 10 biji pin tudung pun, belum tentu minggu depan ada lagi 10. Boleh jadi tinggal sebiji je. Biasanya orang perempuan bawa ini kerana takut-takut berdepan saat emergency macam pin tercabut dari tudung ke, rakan mereka nak pinjam ke atau lain-lain lagi.

9. Cermin mata

Ada wanita yang memakai contact lens ada juga yang hanya memakai cermin mata biasa, bahkan ada juga yang membawa cermin mata hitam. Ini semua persediaan buat orang perempuan sebab itu mereka akan bawa ke mana-mana.

10. Tisu

Ini adalah perkara yang penting sekali, bahkan orang lelaki pun kadang kala akan memintanya dari orang perempuan. Tisu ini mudah didapati, tapi kalau tak bawa jadi susah pula nak jumpa yang percuma.

11. Tuala wanita.

Yang ini paling penting, malah menjadi penyelamat saat kecemasan. Tak hanya itu sahaja, kadang kala mereka bawa sebagai persediaan kepada wanita lain yang tak bawa.

Orang perempuan ini kan sememangnya sentiasa bersiap sedia. Kalau bukan untuk diri mereka, boleh jadi untuk bantu orang lain. Kadang kala kita yang lelaki ini pun dapat tumpang sekaki nak isi barang dalam beg mereka. Tapi sabar jelah kalau tak jumpa barang korang semula, kena makan dengan beg agaknya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen