Seronoknya Nak Kahwin, Banyak Persiapan Kena Buat. Tapi Korang Dah Bincang Ke Belum Dengan Pasangan Akan 4 Perkara Ini?

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan senang nak kahwin, banyak benda nak kena fikir. Orang lelaki bukan kena fikir nak kumpul duit hantaran je, tetapi kena fikir juga macam mana hidup selepas kahwin. Orang perempuan, bukan fikir nak pakai baju pengantin warna apa je tetapi macam mana nak jadi isteri yang solehah dan bijak.

Perkahwinan ini bukan hanya menyatukan dua hati, tetapi satukan juga buah fikiran, perasaan dan juga emosi. Kalau tak pandai kawal semua ini, pasti terumbang ambing perkahwinan tersebut.



Sebelum tentukan tarikh perkahwinan, pastikan kedua-duanya sudah berbincang akan satu perkara yang serius. Bukannya bincang bila nak kahwin atau tema apa yang akan dipilih tetapi bagaimana nak hidup sebagai suami isteri selepas kahwin.

Nak kahwin, kena bincang 4 perkara ini dahulu.

1. Nak duduk mana lepas kahwin?

Kalau ada rumah sendiri itu paling terbaik tapi kalau belum ada, macam mana? Nak duduk rumah mak ke nak menyewa je? Ha, selepas itu kena fikir pula baik buruk keputusan yang dibuat itu. Bahkan tak boleh nak penuhi hati sendiri je, pasangan kita pun kena fikirkan juga.



2. Nak berapa ramai anak?

Dalam keadaan ekonomi ini, perancangan keluarga itu perlu, orang kata sekarang ini masa pentingkan kualiti bukan kauntiti. Haa, jadi rancang berapa banyak anak kita dan pasangan kita nak. Jangan sampai membebankan pasangan kita pula, mentang-menatang mak kita nak cucu yang ramai.

3. Kena sama-sama buat kerja rumah, rancang jadual bertugas.

Orang sekarang ini kata kemas rumah itu tanggungjawab suami, ada pula yang kata tanggungjawab isteri. Apa kata kalau dua-dua saling berkerjasama melakukan tugas rumah. Bukankah itu lebih mudah dan tidak perlu gaduh. Kalau penat sama-sama penat, kalau rehat sama-sama rehat. Kan senang macam itu.



4. Nak uruskan kewangan macam mana?

Bab-bab kewangan ini adalah perkara yang paling rumit sekali. Masing-masing dah kena tinggalkan sedikit demi sedikit kehidupan masa bujang dan fokus kepada kumpul duit untuk beli rumah, simpanan untuk anak-anak serta saat kecemasan. Haa, kena sediakan awal malah kena bincang awal-awal lagi barulah tak kalang kabut nanti.

Nak kahwin ni bukan sekadar nak naik pelamin je kena fikirkan. Kehidupan lepas kahwin itu lebih penting berbanding majlis perkahwinan ini. Yang nak kahwin tu, dah fikirkan ke pasal ini?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen