Anak Bongsu Ini Memang Manja Sepanjang Masa, Tapi Ini 5 Perkara Yang Korang Kena Faham Sebelum Pilih Mereka Sebagai Pasangan Hidup.

Oleh: Zuzu Yasmine

Anak bongsu ini adalah anak yang paling berharga buat ibu bapa mereka, nak-nak lagi apabila nak lepaskan anak ini ke tangan orang lain. Memanglah ia akan menitiskan air mata mana-mana ibu bapa. Lagi-lagi kalau anak mereka ini perempuan, lagi mereka sayang.

Anak bongsu ini juga adalah orang yang akan laku keras, mana tidaknya ramai yang mudah terpikat sikap tahu menghormati orang tua serta penyayangnya. Tak lupa juga, mereka ini manja.



Selalunya, bila anak bongsu ini kita akan kaitkan dengan anak sulung. Orang kata mereka ini adalah pasangan yang paling ideal sekali. Seorang manja, seorang lagi bersikap kepimpinan, itu yang membuatkan mereka ini serasi bersama.

Tapi nak kahwin dengan anak bongsu ini bukan mudah, kena betul-betul faham mereka ini barulah boleh masuk dalam hidup mereka. Tapi kalau dijodohkan dengan mereka ini sangat beruntung. Mereka ini setia orangnya.



Kena faham 5 perkara ini bila nak kahwin dengan anak bongsu.

1. Pentingkan keluarga.

Anak bongsu ini sememangnya sangat pentingkan keluarga. Apa-apa mereka ini akan utamakan keluarga mereka dahulu. Jadi bila nak kahwin dengan mereka, kenalah faham bahawa mereka akan mengutamakan keluarga dahulu baru anda.

Mana tidaknya, mereka ini lebih banyak menghabiskan masa bujangnya bersama keluarga. Lagi-lagi mereka lihat ibu bapanya yang sedang tua dengan cepat, lagi buat mereka bimbang.

2. Keras kepala.
Bila mereka kata A, maka A lah jawabnya. Tapi jangan risau, kalau anda bijak untuk mengawalnya sudah tentu keputusan dirinya juga akan berubah. Cuma jangan terlalu memaksa atau membuat keputusan untuknya. Biarkan di fikir mana baik dan mana tidak untuk dirinya.

3. Tak tetap pendirian.

Ini yang buat mereka ini sukar difahami, kejap nak A kejap nak B memang boleh buat orang pening kepalalah cerita dia. Sebab itu mereka ini perlukan sokongan dan bimbangan yang betul. Kalau jenis tak ambil tahu dan masal ambil kesah, memang tak sesuai dengan si bongsu ini.



4. Ragu-ragu dalam membuat keputusan.

Mereka ini sejenis orang yang tak tahu nak buat keputusan. Sebab itu mereka ini perlukan buah idea mereka yang tegas dalam membuat keputusan. Kalau pasangan mereka pun sama macam dia, memang boleh pening kepalalah rumahtangga. Setiap keputusan yang dibuat itu biasanya akan mempengaruhi orang sekeliling mereka.

5. Banyak pendam perasaan.

Apa yang dirinya alami, sukar untuk diketahui walaupun dengan ibu bapa mereka sendiri. Mereka ini lebih suka memendam berbanding meluahkan. Tapi bila dah meletup memang sangat menakutkan dan boleh buat keputusan yang tidak dijangka. Sebab itu anak bongsu ini mudah stress dan suka bermain dengan emosi mereka.

Sebenarnya banyak lagi sifat anak bongsu ini yang anda kena faham. Tetapi semuanya bergantung kepada seseorang individu juga. Tapi kalau 5 perkara ini semua anak bongsu mesti ada. Apa-apa pun good luck hidup bersama anak bongsu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen