Lelaki Sejati Lebih Terpikat Dengan Wanita Berisi Berbanding Kurus, Boleh Dah Lupakan Diet.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalunya kita dengar wanita yang berbadan cantik malah kurus menjadi idaman para jejaka. Tak hanya itu sahaja, sudah berada difikiran para wanita bahawa lelaki sukakan wanita yang berbadan langsing malah sedap mata mata memandang.

Itu yang menyebabkan ramai wanita yang berlumba-lumba untuk diet kerana risau kalau-kalau mereka ini tiada yang mahu. Seorang wanita sanggup melakukan apa sahaja untuk miliki tubuh badan idamannya. Ada yang sanggup sukat makanan, sanggup work out siang malam dan tak ketinggalan juga yang mengambil makanan yang membahayakan kesihatan.



Nampak tak usaha seorang wanita nak kurus dan kekal cantik di mata lelaki.

Itu kalau yang masih bujang, kalau yang sudah berkahwin dan menjadi ibu dia punya usaha lagi lain macam.

Menjadi lumrah seorang lelaki apabila berjumpa dengan seorang wanita mereka akan memerhatikan wajahnya dan diikuti dengan bentuk badan. Tahukah anda, lelaki sejati sebenarnya lebih gemar memilih wanita yang memiliki bentuk badan yang lebih berisi daripada yang kurus.



Lelaki melihat wanita badan berisi lebih seksi jika dibandingkan dengan wanita berbadan kurus. Wahai wanita, mulailah ikuti selera anda untuk dapatkan tubuh lebih sedikit berisi. Tidak perlu untuk mengikat perut dan melakukan diet yang membuatkan anda kelihatan kurus.

Tubuh seorang wanita yang berisi memberikan kesan menarik di mata lelaki. Salah satu kejayaan dalam kehidupan rumah tangga adalah apabila suami melihat para isteri mempunyai badan berisi.

Golongan wanita yang kurus biasanya diinginkan oleh seorang model yang ingin berjalan di atas pentas peragaan. Tetapi bagi seorang wanita yang ingin persiapkan diri untuk membina rumah tangga badan yang berisi adalah pilihan yang lebih tepat.

Anda boleh bertanyakan pendapat pada kawan-kawan lelaki sama ada mereka memilih yang berisi atau yang kurus. Jawapan yang diberikan pasti akan membuat anda terkejut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen