Penat Uruskan Rumah Sampai Isteri Boleh Jadi Garang Pada Suami, Jom Amalkan Zikir Ini. Ia Meredakan Keletihan Orang Wanita.

Oleh: Zuzu Yasmine

Menjalani tugas seorang suri rumah ini bukanlah satu perkara yang mudah. Semua benda kena siap on time, kalau lambat sedikit atau sambil lewa, akan siap lambat. Malah nak kadang itu sampai terkejar-kerjar nak siapkan satu tugasan.

Ada yang masa 24 jam itu tak cukup baginya, malah ada yang rasa waktu siang itu tak cukup untuknya menguruskan segala berkenaan rumah. Itu belum lagi jika ada anak kecil, lagilah terasa sibuk dan penatnya.

Bila ada anak-anak, anak yang akan tolong buat sepah. Baru je siap kemas 5 minit lepas, tengok-tengok dah mula bersepah semula. Itu yang kadang kemas rumah je dah ambil masa yang lama belum lagi tugas-tugas lain.

Jadi tak hairanlah kalau isteri ini asyik mengeluh dan kelihatan penat je. Itu belum lagi yang stress dengan semua tugas di rumah. Sampai-sampai ada yang nak me-time sebab penat sangat dah.



Siapa kata tugas isteri dirumah ini tak penat, bukan kerja goyang kaki je. Kalau kerja biasa pun ada shif tapi mereka ini tak ada shif, 24jam kena sentiasa bersedia.

Sebenarnya, dalam Islam sendiri telah tersedia penawar untuk menghilangkan kepenatan melalui Zikir atau Tasbih Fatimah yang diajarkan oleh Rasulullah saw kepada puterinya Saidatina Fatimah.



Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim ada menceritakan, pada satu hari puteri Saidatina Fatimah mengadu pada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib bahawa tangannya terasa sakit dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu beliau lakukan.

Kemudian Saidatina Fatimah pergi menemui Ayahandanya baginda Rasulullah saw untuk meminta seorang pembantu. Walau bagaimanapun, pada sama itu Saidatina Fatimah tidak dapat menaumi Rasulullah saw dan hanya bertemu denagn Saidatina Aisyah.

Lalu Saidatina Fatimah meninggalkan permintaan itu untuk disampaikan kepada Ayahandanya. Apabila Rasulullah saw tiba di rumah, Saidatina Aisyah pun memberitahu baginda tentang hajat puterinya.

Lalu baginda pergi menemui puteri serta menantunya yang ketika itu telah beradu di tempat tidur mereka. Keduanya mahu bangun ingin menghampiri baginda tetapi baginda meminta mereka supaya tidak bergerak dari situ.

Rasulullah saw bersabda;

“Mahukan kamu berdua aku ajrakan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbading hendak tidur, maka bacalah Takbir (Allahu Akhbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan Tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” – HR. Muslim, no 4906

Itu yang diajarkan nabi kita apabila kita penat melakukan tugas-tugas harian. Sama-sama kita amalkan zikir Fatimah setiap malam sebelum melelapkan mata.

Zikir atau Tasbih Fatimah

• Baca Allahu Akhbar sebanyak 34 kali
• Baca Subhanallah sebanyak 33 kali
• Baca Alhamdulillah sebanyak 33 kali.

Semoga kita oleh mendidik hati kita ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen