Masa Sebelum Berkahwin, Kita Janji Nak Jaga Dia Dengan Baik, Tapi Selepas Kahwin, Dia Pula Yang Jaga Kita Walaupun Dalam Keadaan Yang Sarat Mengandung.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum kahwin, si lelaki sanggup berjanji akan menjaga si isteri dengan baik, sanggup susah senang bersama-sama, malah sanggup menjadi pelindung buat si isteri. Tapi selepas berkahwin, semua janji-janji itu entah hilang ke mana.

Malah apa yang berlaku terbalik pula, isteri pula yang menjaga suaminya, isteri pula yang sanggup susah senang bersama malah isteri juga yang jadi pelindung suaminya saat suaminya tak tahu arah nak tuju.



Siapa yang patut jaga siapa ini?

Bukankah tugas seorang suami yang menjaga anak dan isterinya? Bukankah suami itu ketua keluarga yang perlu membimbing isi keluarganya agar berada dijalan yang benar serta diredhai Allah.

Tapi mengapa isteri pula yang menggalas segala perkara tersebut. Suami-suami kena jaga isteri bukan isteri jaga suami. Sama-sama kita hayati nukilan Haniff Sofian ini.

Suami patut tahu nak jaga isteri...

Kadang-kadang kita tak sedar kita telah menyakiti hati mereka tanpa sedar, kita nak lihat diri kita kacak tapi isteri kita biarkan dengan serabut di rumah dengan anak dan kerja rumah.

Bila balik rumah kita tak pernah nak tolong mereka walau sekadar basuh pinggan, lipat baju, mandikan anak atau berikan susu pada anak. Yang kita tahu penat kita , lalu tengok tv ,julurkan kaki menghadap tv, tak pun sibuk dengan pc atau ipad sibuk berfb, kononnya penat.



Tapi kita lupa,

yang mengandungkan anak kita adalah isteri kita,
yang melahirkan anak kita adalah isteri kita ,
yang melayan kerenah anak,
buat makan minum anak adalah isteri kita,

Hingga kadang-kadang dia tak sempat untuk hiaskan diri untuk si suami.

Suami hanya tahu fikir penat dia sendiri, yang isteri tambah2 yang bekerja lagi, bagaimana ?

Wahai si suami, jangan sampai si isteri rasa diri dia buruk dan hodoh di mata kita, hingga bila kita nak keluar untuk mencari rezeki pun dia dah mula fikir lain. Fikir bukan-bukan, walau hakitkatnya kita tak pernah buat.

Kerana takut mata kita ni terlihat yang lebih indah dari dia nanti, maka timbullah isu, bergaduh kata si isteri cemburu dan sebagainya. Kita pula tengah penat, maka meletuplah cerita yang tak sepatutnya terjadi.

Apa kata kita sebagai suami bawak isteri jalan-jalan2, sebulan sekali pun dah ok, biar dia beli baju , mekap yang boleh digunakan pada dia, bawak gi spa biar dia manjakan diri.



Takkan kita boleh beli rokok setiap hari, tapi berhabis skit untuk isteri kita nak berkira ?

Kita nak hidup dengan isteri ke dengan rokok ?
Kita nak hidup dengan isteri ke, dengan sportrim kereta ?
kita nak hidup dengan isteri ke, dengan kerja kita yang tak pernah habis tu ?

Jangan kita si suami hina pula isteri kita, bila dia dah berisi, badan mula membesar, baju mula tak muat kerana tak terjaga, kita cakap dia mcm-macam, patut kita yang main kan peranan, beli kelengkapan atau beri sokongan untuk dia betulkan apa yang dia tak sempat buat.

Bersenam, berjoging di taman bersama kan romantik. Pahala pun dapat, sihat pun dapat.

Takkan nak jaga ketika bercinta je bang, masa berkahwin ni la yang memberi makna sebenar kebahagiaan...

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen