Bila Kelak Diuji Mengenai Lambat Dapat Anak, Jangan Terus Melenting Salahkan Pasangan. Siapa Tahu Berpunca Dari Sendiri. Deep Betul Nasihat Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila berkahwin ini siapa sahaja yang tidak mahu zuriat dari darah daging mereka. Sudah tentu semua orang mahukan anaknya sendiri, selain sebagai pengikat kasih sayang ia juga mampu menutup mulut-mulut makcik yang menyakitkan hati bertanya soal anak.

Tapi itulah, kadang kala belum rezeki kita lagi untuk mendapat penyeri rumah tangga, tapi itu bukan alasan untuk kita menyalahkan pasangan kita. Bila kita hanya membebankan sebelah pihak sahaja, tentu ia akan membuat pasangan kita lebih rasa tertekan dan kecewa.

Kita sebagai pasangan seharusnya lebih matang dan lebih bersifat terbuka akan keadaan pasangan kita. Jangan samakan kita dengan makcik-makcik bawang di luar sana.



Sedikit nasihat dan pesanan daripada Firdaus Shakirin ini memang bermanfaat, jangan salahkan pasangan dalam hal ini sebab kita tak tahu punca dari siapa.

Bila tak dapat anak, jangan salahkan isteri semata-mata…

Fitrah bila berkahwin, nakkan anak, zuriat, waris penyambung keturunan kita…tapi Allah tak janji yang bila berkahwin, kita automatik akan dapat anak…Allah tak janji…

Tak dinafikan, anak memang pelengkap hubungan suami isteri, dengan adanya anak, hidup kita lebih sempurna…tapi tak semestinya tiada anak, hubungan suami isteri kita hambar, tak berseri dan tak bahagia…

Soal bila nak dapat anak ialah satu persoalan yang sangat menyentuh hati, dapat membuatkan mereka yang belum dapat anak lagi terasa bila diajukan soalan begini…namun, jangan salahkan isteri semata-mata jika kita belum lagi dapat anak…



Sebab?

Lelaki pun belum tentu subur walaupun ada sperma, walaupun sihat, walaupun alat sulit boleh berfungsi…tiada siapa yang boleh dipersalahkan dalam isu kesuburan ini kerana ianya sesuatu yang subjektif…banyak perkara yang berhubung rapat dan saling berkait dengan kesuburan seseorang seperti pemakanannya, gaya hidupnya dan tahap kesihatan dirinya…

Don’t put the blame on women only…

Ini kebiasaan persepsi masyarakat kita dan makcik-makcik bawang…asal lambat dapat anak je, mesti isteri yang kena, asal tak dapat anak je, isteri tu mandul…seolah-olah penyebab utama itu 100% dari isteri sahaja…lelaki dan wanita, dua-dua ada potensi untuk mengalami masalah kesuburan…jalani pemeriksaan di klinik atau hospital berdekatan…jangan ego, jangan salahkan isteri dan jangan berbalah menuding jari…

Jika dua-dua subur, dua-dua tiada masalah, maka bukan masanya lagi untuk Allah bagi rezeki anak pada anda…Allah akan bagi bila anda bersedia…perbaiki ekonomi keluarga, perbaiki diri, ubah gaya hidup, perbanyakkan amal ibadat kepada Allah dan selebihnya berserah…

InsyaAllah, hanya masa yang akan menentukan segalanya…🙏

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen