Bertahun-Tahun Cinta Belum Tentu Akan Bersanding Bersama, Boleh Jadi Hubungan Terputus Ditengah Jalan. Mungkin Ini Antara Puncanya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila hubungan bertahun-tahun tak berjaya ke jinjang pelmain, sudah tentu ia satu perasaan yang sangat mengecewakan. Sudah tentu ia rasakan bagaikan satu ketidakadilan.

Sedarlah, kadang kala hubungan yang terjalin bertahun-tahun itu hanya satu persinggahan buat kita. Hanya untuk menguji kita sahaja sebelum kita jumpa yang betul-betul ikhlas dengan kita.



Jangan sedih apabila hubungan tersebut tidak berpanjang seperti yang kita harapkan, tetapi kaji balik kenapa hubungan tak jadi seperti yang diharapkan. Mungkin juga semua yang berlaku itu boleh berpunca dari kita sendiri ataupun daripada orang lain.

Mengapa bercinta bertahun-tahun boleh putus?

1. Tidak miliki tujuan yang sama.

Mungkin yang sorang jalinkan hubungan sebab ingin menjadikan dia yang halal, tetapi yang seorang lagi hanya sekadar satu persinggahan sebelum jumpa yang lebih baik baginya. Boleh jadi juga, selepas bertahun-tahun kenal baru tahu bahawa masing-masing ini tidak miliki satu tujuan yang sama dalam hubungan yang dibina.



2. Tidak setia.

Hubungan yang terlalu lama ini boleh jadi begitu membosankan malah begitu mendatar. Tiada lagi keceriaan dan saat manis apabila semua perkara telah dilakukan bersama-sama. Tidak hanya itu sahaja, masa yang panjang itu telah memakan perasaan antara kedua insan tersebut. Itu yang menyababkan salah seorang memilih untuk berpaling bersama dengan yang lain.

Sampaikan mereka sendiri tidak tahu bila hati dan perasaan itu telah bertukar tuan.

3. Kurang percaya diri.

Sebab yang selalu sangat terjadi apabila, masing-masing tak percaya bahawa dia adalah jodoh yang telah ditetapkan. Dia tidak percaya bahawa pasangannya ini sesuai buat dirinya, malah dia juga sentiasa berteka teki dengan perasaan sendiri.

Tak percaya bahawa diri ini mampu bertahan dengan hubungan yang terlalu lama juga menyebabkan perpisahan berlaku.



4. Hilang kemesraan.

Bila terlalu lama sangat hubungan tersebut, kemesraan seperti mula-mula dahulu sudah makin hilang. Sehingga ada yang merasakan hubungan tersebut sekadar rakan sahaja, kerana semuanya telah hilang. Apa yang ada hanya perasaan takut kehilangan sahaja kerana merasakan masa yang dihabiskan bersama, tetapi hati sudah tidak mahu memiliki lagi.

5. Bosan dengan pasangan masing-masing.

Dalam bercinta ini apabila pasangan sudah muak dengan perangai pasangan, ia sukar untuk dipulihkan. Berlainan dengan mereka yang sudah berkahwin, mereka boleh guna bahasa cinta, tapi kalau dalam bercinta ini perpisahan adalah pilihan yang terbaik.

Hubungan cinta yang bertahun-tahun itu belum tentu dapat memberikan apa-apa jaminan buat sesiapa pun yang melaluinya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen