Bila Nak jadi Orang Rumah Ni, Kenalah Tahu Serba Sedikit Mengenai Barang Dapur. Ini 10 Perkara Basic Yang Bakal Isteri Kena Tahu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau sebelum berkahwin ini kita makan apa adanya dan ala kadar je tak mengapa, tetapi selepas berkahwin kenalah pandai masak sesuatu yang membuka selera si suami. Tak akan setiap hari nak masak lauk yang sama. Lagi-lagi kalau kita ini adalah suri rumah sepenuh masa.

Suami-suami sudah tentu teruja nak rasa masakan isteri buat kali pertama bukan. Tak akan kita isteri nak hampakan mereka. Sudah tentu akan bersungguh-sungguh kalau nak masak sesuatu.



Tapi yang membimbangkan kalau kita ini tak pernah masuk dapur dan tak tahu memasak, selain tak tahu macam mana nak mulakan sudah tentu kita pun tak tahu nak pilih barang dapur. Aduh! Macam mana ini.

Bak kata orang tua, tak tahu boleh belajar, jom kita belajar perkara asas memilih bahan masakan untuk mengisi perut cik abang tercinta.

1. Ayam

Untuk memilih ayam yang segar, pastikan daging dan kulitnya warna merah. Jika sudah berwarna biru jangan beli, itu tanda daging ayam sudah busuk.

Amat penting pemilihan ayam ini supaya anda tidak tersalah pilih ayam yang sudah lama dan berbau.

2. Ikan

Pemilihan ikan pula agak mudah, cari ikan yang nampak berkilat dan lihat juga matanya. Cari mata ikan yang warna cerah dan berlendir. Ini tanda ikan baru.



3. Udang

Udang sememangnya menjadi kegemaran semua orang, agak sukar unutk memastikan kesegarannya jika dijual di pasar. Anda harus pandai meneliti dan memilihnya, cari udang warna masih merah dan kulit belum tanggal. Jangan beli kepala udang yang sudah hitam dan badan lembik.

4. Kerang

cengkerang tertutup. Ada juga yang pilih isi kerang yang berwarna merah dan terkeluar sedikit. Tanda kerang masih baru.

5. Ketam

Lihat warna cengkerangnya, terutama bahagian atas dan juga pada sepit. Warna kebiruan menandakan ketam segar. Boleh juga timbang ketam menggunakan, yang berat tanda isi padat.



6. Kubis

Banyak manfaat kubis untuk tubuh badan kita, ada yang suka makan secara rebus ataupun goreng. Tidak susah untuk memilih kubis yang terbaik, pilih yang ringan dan bila dipotong nampak rongganya besar. Kobis ini selalunya manis dan sedap.

7. Sawi

Unutk pemilihan sayur hijau seperti sawi pula, pilih daun lebar tapi batang kecil. Sawi yang batang besar biasanya pahit. bukan semua jenis sayur hijau cara masakannya sama, silap masak pahit pula jadinya,

8. Timun

Timun adalah salah satu sayuran yang sangat baik untuk mereka sedang berdiet. Pilih yang lurus dan pangkalnya tak banyak warna hijau. Timun yang banyak warna hijau selalunya pahit.

9. Tomato

Untuk pemilihan tomato, jangan terperdaya dengan warna merahnya itu, kerana selalunya ia cepat rosak. Pilih yang ada sedikit warna hijau, jangan semua merah. Ini tanda isinya padat dan ranggup. Tomato yang berwarna merah semuanya bermakna sudah betul-betul masak dan selalunya tidak tahan lama.

10. Keledek

Keledak adalah sayuran yang sangat enak dimakan, ianya sangat bagus dimakan oleh ibu hamil. Untuk pemilihan keledek pula, pilih yang bentuk lurus, kulitnya bersih.

Jadi wanita sempurna itu sememangnya tidak mungkin, namun kita mampu berusaha menjadi wanita yang lebih baik. Moga memberi manfaat kepada semua.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen