Teknik Menabung Tepi Mesin Basuh Suami Isteri Ini Mampu Kumpul RM1424 Setahun, Jom Sama-Sama Kita Cuba Buat Untuk Kumpul Duit Kahwin.

Oleh: Zuzu Yasmine

Nak kumpul duit ini bukan mudah, lagi-lagi kalau hujung bulan je tak cukup duit. Memang kita akan tarik keluar juga duit dalam tabung itu. Mana tidaknya, tiba-tiba anak nak pensel color barulah, susu anak habis pula lah, paling tak isteri teringin nak makan tomyam.

Bila belajar simpan dalam tabung ini, kalau ada RM10 tetap akan kekal RM10 sampai bila-bila. Sebab itu bila nak menabung ini kena ajak isteri sekali, kalau tak dapat menabung sama-sama, isteri yang tolong simpan dalam tabung.



Macam tips mudah menabung yang diamalkan oleh Muhammad Hassan dan isteri ini. Selepas setahun dapat kumpul RM1424, siapa nak bagi banyak ini dengan mudah bukan kalau tak menabung.

Nak tahu macam mana suami isteri ini menabung?

“Hari ini genap setahun Wife saya menabung hanya ditepi mesin Basuh sahaja. Tadi saya pecahkan tabung dengan arahan wife. Setelah dkira Jumlah duit terkumpul adalah sebanyak RM1424.(Tidak termasuk duit syiling).”



Tips nya mudah. Pergi kedai DIY beli tabung yang murah dan tidak boleh dibuka,letak tepi mesin basuh.

Kedua: Sebelum basuh seluar dan baju suami,seluk dalam poket. Baca bismillah,insyaallah jumlah duit baki yang suami tinggal.

Ketiga: Maklumkan kepada suami yang kita letak satu tabung disebelah mesin basuh, jadi bila suami tiba tiba rajin, dia akan pergi masukkan duit baki beli barang, atau baki bayar tol.



Keempat: Jika terjumpa duit baki dalam kereta suami,dalam bilik,ruang tamu atau mana mana sahaja dalam rumah kita,sila ambil dan masukkan ke dalam tabung.

KeLima: Asalkan ada duit lebih sila masukkan dalam tabung, jangan dok gatal gatal nak simpan dalam poket balik. Cukup setahun pecahkan tabung dan kira. Setelah kira pergilah simpan dalam bank atau pergi beli rantai emas.

Tadi wife saya cakap 10% sedekahkan kepada masjid.

Moga bermanfaat untuk mak mak sekalian.

-EncikMatt-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen