Bila Bergaduh Dengan Orang Perempuan Ni, Memang Tak Akan Menang Punya. Ini Sebab Kenapa Dia Orang Tak Nak Mengalah Walaupun Dah Salah.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rasanya perang jantina ini bukan hanya melibatkan pasangan kekasih, tetapi komen-komen di media sosial juga kadang kala akan menimbulkan perang sebegini. Selalunya kalau macam perang ini berlaku, anda rasa siapa yang akan menang?

Sudah tentu orang perempuan akan bertahan dengan hujah-hujah mereka kan. Tapi kalau dah nak hampir kalah itu, mula lah dia timbulkan silap orang lelaki yang lain. Main pukul sama rata je dia orang ni.



Kalau orang lelaki pula, mula-mula je tunjukkan hujah yang sememangnya betul, tapi last-last dia juga yang kena mengalah sebabkan nak jadi gentlemen katanya.

Pernah tak terfikir kenapa orang perempuan ni, dia betul-betul nak buat diri dia menang. Malah kalau dalam bab-bab macam ni, perempuan-perempuan yang lain akan menyokong dan turut membantu tindakan itu. Nak tahu tak kenapa?

“Orang perempuan tak akan pernah kalah bro.”

Ayat ni selalu akan diperkatkan oleh lelaki yang tahu bahawa kalau gaduh dengan orang perempuan ini memang tak akan menang punyalah.

Ini sebabnya yang perlu tahu;



1. Tak nak dianggap kalah.

Ingat orang perempuan ini senang menyerah kalah ke? Silap besar, dia orang ni tak ada rasa nak mengalah pun bila bergaduh dengan orang lelaki. Boleh jadi dia orang ni tak nak lelaki fikir bahawa mereka ini lemah dan mudah untuk dipermainkan.

Orang perempuan sekarang tak macam dulu dah, sekarang mereka lebih agresif.

2. Nak kawal pasangan mereka.

Kalau berdasarkan permerhatian, kenapa mereka ini tak nak mengalah dan meminta maaf dulu dalam hubungan adalah kerana cubaan nak kawal pasangan mereka. Hati-hati, kalau rasa itu salah dia dan dia tak nak minta maaf, nampak bahawa dia ingin mengawal hubungan tersebut. Selalunya mereka yang bercinta lah ni.



3. Sahaja nak test pasangannya.

Ini kalau sedang mabuk cinta memang sahajalah nak uji kesabaran, rasa sayang serta cinta pasangannya. Dia orang uji macam ni sebab nak tahu betul ke pasangan mereka ini sayang mereka sepenuh hati, ataupun sekadar nak main-main je dengan mereka.

Ini adalah beberapa alasan yang sering digunakan orang perempuan untuk menang dalam pergaduhan. Tapi apa pun alasan yang ada, orang perempuan memang tak pernah kalah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen