Cahaya Mata Itu Penyeri Dalam Rumahtangga, Jangan Kecewa Jika Masih Belum Dikurniakan Anak. Ini 3 Ujian Kesuburan Buat Wanita.

Oleh: Zuzu Yasmine

Pasangan yang masih lagi belum dikurniakan zuriat sebagai pengikat kasih sayang antara suami isteri sudah tentu bimbang dan kerap tertanya-tanya bilakah Allah akan memberi rezeki itu. Tiada mana-mana pasangan pun yang tidak mahu memiliki darah daging mereka sendiri.

Jangan saling salah menyalahkan antara satu sama lain, itu bukan jalan penyelesaiannya. Tetapi dengan zaman yang serba moden ini, banyak kaedah untuk kita memiliki zuriat sendiri. Cuma bagaimana kita usaha dan kesabaran yang 



Memang tak sedap apabila kita dengar kata-kata dari orang sekeliling kita, tetapi nak buat macam mana selagi kita belum dikurniakan rezeki anak, selagi itulah kita suami isteri kena bersabar. Pada ketika ini, suami isteri perlu saling menyokong antara satu sama lain, jangan sedih dan jangan bimbang, Insya Allah ada rezeki yang menanti.

Pasangan yang belum hamil dan belum lagi berpeluang mempunyai cahaya mata digalakkan berjumpa dengan doktor untuk bertanyakkan tentang ujian kesuburan yang boleh diambil. Secara umumnya, terdapat 3 ujian kesuburan wanita yang boleh diambil wanita untuk menyemak tahap kesihatan kesuburan mereka. Manakala bagi sang lelaki, mereka hanya perlu melakukan 1 ujian mudah.

Bilakah wanita digalakkan untuk berjumpa dan mengambil ujian kesuburan? Masa terbaik adalah apabila pasangan yang telah berkahwin selama setahun dan telah mencuba beberapa kali untuk hamil tapi gagal.

1. Vaginal scanning

Ujian ini adalah bertujuan untuk mengesan penyakit dalam sistem peranakkan. Menggunakan ujian ini, penyakit seperti fibroid, cyst, endometriosis dan lain-lain dapat dikesan.



Kos rawatan ini berbeza mengikut klinik. Kebiasaannya, ianya melibatkan kos sekitar RM50-RM300 untuk setiap sesi.

2. Xray Hysterosalpingogram (HSG)

Ini bertujuan untuk membuka saluran fallopian yang mungkin kuncup atau tersumbat akibat dari penyakit jangkitan kuman , endometriosis atau fibroid. Secara umumnya adalah untuk menyemak sama ada adanya sumbatan ataupun tidak pada fallopian. Ia akan dilakukan oleh pakar x-ray (radiologist) dan biasanya sejurus lepas beberapa haid; jika haid habis hari ke-7, maka presedur HSG biasanya dilakukan pada hari ke-9, 10 atau 11, iaitu sebelum subur/ovulation.



Jika dilakukan selepas daripada itu, akan ada kemungkinannya cecair yang dimasukkan itu ‘membasuh’ benih yang telah bercantum.Biasanya kos ini agak sedikit mahal berbanding ujian ‘vaginal scanning’. Dianggarkan sekitar RM250- RM1000 bergantung kepada klinik. Dalam sesi rawatan ini, satu alat akan dimasukan pada pintu rahim dimana ubat cecair khas akan disuntikan terus ke rahim. Kebiasaannya 5 filem x-ray akan diambil untuk dibuat laporan tentang keadaan saluran fallopian.

Jika ujian HSG didapati normal dimana kedua-dua saluran terbuka, ini akan memberikan peratusan 30% pasangan akan hamil dalam tempoh 3-6 bulan. Jika tidak, rawatan seperti membuka fallopian akan dibuat untuk membaiki masalah yang berlaku.

3. Ujian Hormon

Ujian hormon biasanya adalah ujian tambahan yang dibuat untuk wanita yang kitaran haid tidak teratur. Contohnya seperti wanita yang mempunyai kitaran haid 3-4 bulan sekali. Wanita yang mengalami masalah gemuk/obesity juga dicadang untuk mengambilnya. Ujian ini adalah ujian darah yang bertujuan untuk menyukat paras hormon FSH, LH, Estradiol, Progesteron, Prolactin dan Thyroxin adalah penting. Tujuannya adalah untuk menyemak kemungkinan mengidap PCOS

Semoga ujian kesuburan ini membantu anda dan pasangan hamil.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen