Kalau Tak Nak Bercinta Nak Kahwin Terus Boleh? Tak Salah Pun, Tapi Kena Pastikan Perkara Ini Dahulu...

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum membuat keputusan untuk berkahwin, biasa setiap pasangan akan terikat untuk jalinkan hubungan di peringkat awal seperti bercinta. Masa ini biasanya akan digunakan untuk masing-masing mengenal satu sama lain, termasuk dengan keluarga juga.

Masa ini dikira sebagai satu masa penentuan, di mana adakah hubungan tersebut sesuai untuk dilanjutkan ke alam perkahwinan atau sekadar persinggahan sebelum mencari pasangan yang sebetulnya.

Ada yang mungkin mengambil masa setahun dua tahun, bahkan yang paling lama mungkin hingga 15 tahun. Namun, ada juga yang mengambil masa sekejap macam dua tiga bula sahaja percintaan tersebut.



Menurut kajian, tempoh 5 hingga 6 bulan adalah masa terbaik sebelum membuat keputusan untuk berkahwin, ini kerana ia tidak tergesa-gesa atau terlalu lambat.

Kita mungkin akan kelihatan sempurna semasa pertemuan pertama kali dengan seseorang, tapi lama kelamaan, kita akn mula lihat kekurangan pasangan kita. Tapi itulah saat kita mula kenali diri sebenar pasangan kita.

Itu belum lagi kita masukkan bab-bab salah faham dan pertengkaran antara pasangan. Biasanya perkara ini tak akan berlaku diawal perhubungan, ia hanya akan berlaku bila masing-masing sudah mula memahami sikap masing-masing.

Namun begitu, dalam tempoh ini sebenarnya elok untuk meneliti beberapa perkara.



Adakah ibu bapa kedua pihak memberi restu?

Restu daraipada orang tua itu sangat penting. Semua perkara akan bertambah baik apabila ia mendapat restu dan sokongan ibu bapa. Jadi dalam tempoh bercinta ini, sesuai untuk mendapatkan restu daripada ibu bapa.

Macam mana kalau pasangan curang?

Banyak pasangan yang memiliki rahsia peribadi. Ada juga diantara kalian ini mempunyai beberapa pilihan lain yang mungkin sesuai dijadikan pasangan hidup sebelum benar-benar buat keputusan untuk memilih anda sebagai suami atau isterinya.



Macam mana kalau tiada keserasian bersama?

Masa bercinta ini sebenarnya akan memberitahu seberapa banyak keserasian bersama, keran ia akan mempengaruhi hubungan kalian.

Adakah wang akan memperngaruhi hubungan?

Sudah tentu, jika anda dan pasangan tidak boleh berkongsi atau komitmen terhadap kewangan malah tak boleh mengurus kewangan dengan baik, ia akan mempengaruhi hubungan tersebut. Sebab itu bercinta dahulu ini baik sebenarnya.

Namun begitu, bercinta ini bukan satu peluang untuk kalian melakukan perbuatan yang tidak senonoh atau maksiat. Ia sebenarnya jalan untuk kalian mengenali pasangan dengan lebih dekat malah ia juga proses untuk memilih pasangan.

Bukannya terus menikah itu tidak elok, tetapi kalau takut akan perkara yang tidak diingini berlaku, bercinta mungkin lebih baik.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen