Elakkan Cari Barang Kahwin Last Minute, Kalau Tak Serba Tak Lengkap Hari Bersejarah Korang.

Oleh: Zuzu Yasmine

Menjelang hari bahagia yang hanya dating sekali seumur hidup, pastinya kita mahukan kesempurnaan yang optimum pada hari tersebut. Oleh itu, cuba buat persiapan sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum majlis.

Kalau buat lambat-lambat takut nanti, segala perkara jadi serba tak lengkap pula.



1. Tiada saiz yang sesuai

Pakaian adalah perkara utama yang akan dipandang oleh tetamu semasa majlis perkahwinan nanti. Oleh itu, mencari saiz yang sesuai adalah penting untuk mengelakkan ‘kecacatan’ terlihat pada penampilan anda. Baju, seluar, mahupun tengkolok adalah perlu mengikut saiz sebenar anda. Jika terlalu ketat, tidak manis dipandang tetamu. Jika terlalu longgar pula boleh menyebabkan anda tidak selesa.



2. Tertinggal benda penting

Tidak dapat dinafikan banyak perkara perlu dibeli dan disediakan semasa majlis perkahwinan anda. Andai persiapan dibuat pada saat-saat akhir, dikhuatiri akan tertinggal benda-benda penting seperti barang hantaran di atas dulang. Ini bukan perkara aneh, boleh jadi pengantin tidak perasan barang tersebut belum diletakkan, lebih-lebih lagi jika penutup sudah diletakkan.

3. Tidak dapat Jurusolek yang diingini

Bagi pengantin perempuan, sudah semestinya mahukan solekan yang luar biasa semasa hari bahagianya. Meski dia pandai bersolek, namun aura itu berbeza apabila solekan dibuat oleh jurusolek berpengalaman. Jika persiapan kahwin dibuat last minute, dikhuatiri jurusolek yang anda impikan itu sudah ditempah pada waktu yang sama sepeti anda. Agak bermasalah untuk mencari jurusolek lain yang sememangnya dikhuatiri kualiti berkurang berbanding jurusolek impian si pengantin.



4. ‘Bajet lari’

Antara sebab mengapa bakal pengantin dinasihatkan membuat persiapan awal iaitu sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum majlis adalah supaya mudah untuk mengira bajet dan kos. Sekurang-kurangnya sempat kurangkan kos jika dirasakan tidak berapa cukup. Namun jika persiapan dibuat last minute, dikhuatiri tidak sempat kira kos dan boleh menyebabkan bajet digunakan untuk benda-benda yang tidak sepatutnya.

Oleh itu, buat bakal-bakal pengantin, mengapa perlunya persiapan awal itu adalah banyak sebab. Jika tersalah langkah, risau majlis akan berjalan tidak seperti yang dihajatkan atau yang dirancang. Ingatlah bahawa hari nahagia itu Cuma datang sekali sahaja, buatlah sehabis baik mengikut kemampuan anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen