Bakal Pengantin Yang Ada Masalah Kelemumur & Rambut Gatal, Cuba Letak Garam Pada Syampu. Petua Pelik Tapi Berkesan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Masalah rambut gugur, kelemumur serta kegatalan rambut, rasa bukan satu isu yang baru lagi untuk diperkatakan. Nak-nak lagi buat mereka yang bertudung, sudah tentu masalah ini akan memainkan peranan dalam keyakinan seseorang.

Kalau lihat dipasaran, pelbagai jenis syampu yang diperkenalkan untuk tangani masalah ini. Pasti ramai sahaja yang telah cuba pelbagai jenis produk untuk tangani masalah ini.



Namun begitu, terdapat satu perkongisan untuk tangani masalah rambut ini dengan mudah. Mungkin dari awal kedengaran agak pelik, tapi semua masalah rambut tadi boleh diatasi dengan hanya mencampurkan garam pada syampu.

Sebelum bersyampu cari garam dulu

Ada orang beri petua, nak rambut lebat, kau dan tak mudah luruh, sebelum bersyampu campur dulu syampu dengan garam. Ataupun basah dulu rambut dengan air garam kemudian barulah bersyampu.

Masuk kali ini, cubaan kali ketiga. Bila campur syampu dengan garam, syampu akan kurang buih jadi jangan asyik tambah syampu.

Lepas guna petua ini, alhamdulillah rambut jadi lembut, kepala pun tak gatal dan jadi ringan.

Boleh amalkan dua atau tiga kali seminggu.



Apa fungsi garam?

1. Nyahkan kelemumur.

Kelemumur merupakan bakteria, jika rambut penuh dengan kelemumur cara paling mudah untuk bersihkan adalah garam. Garam boleh membunuh bakteria dan menyegarkan kulit.

2. Rambut nampak segar.

Ya air garam boleh bantu masalah kulit kepala berminyak serta kotoran lain juga. Jika semua masalah ini diatasi maka rambut pun akan jadi lebih segar dan berkilau.

3. Halang rambut gugur.

Air garam boleh menyebabkan liang roma pada kulit tertutup rapat seterusnya menghalang dari berlaku keguguran rambut.

Selamat mencuba!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen