Duit Mungkin Bukan Segala-Galanya, Tapi Duit Mampu Menjamin Masa Depan Anak Isteri Kita. Buat Suami & Bakal Suami, Jangan Lupa Siapkan Simpanan Buat Keluarga Kita Kelak.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bab-bab ajal, maut dan jodoh, pertemuan ini memang bukan perkara yang mudah untuk kita duga. Ini sebab kita tak tahu bila ia akan berlaku dan macam mana. Yang kita tahu adalah mempersiapkan diri untuk berdepan dengan perkara itu.

Kalau tengah tunggu jodoh kita akan baiki ilmu agama kita dan rasa tanggungjawab, tapi kalau ternanti ajal macam mana pula? Selain menyediakan amalan untuk di bawa ke akhirat, kita juga perlu menyediakan kesenangan untuk anak-anak dan isteri yang ada di dunia ini.



Kita tak tahu apa akan jadi dengan mereka, walaupun mereka ini banyak saudara mara tapi itu belum menjamin bahawa mereka ini akan menghulurkan bantuan apabila pasangan kita dalam kesusahan. Haa.. macam mana tu?

Mungkin akan ada yang anggap duit itu tak penting, tapi dengan duit masa depan anak-anak dan isteri kita akan lebih terjamin. Macam yang dikongsikan oleh Puan Marliya Ramli ini.

1 – Beberapa hari lepas arjuna beta sempat mencuri masa melawat kawan satu rumah sewa masa Bujang dulu yang telah meninggal dunia. Umur belum pun 40 tahun. Aduh!

2 – Inilah suratan. Manalah ajal mampu dirunding atau ditangguh. Dah tiba masa kita semua akan menjadi makanan ulat juga.

3 – Mati tak mengenal usia. Kita tidak tahu bila-bila masa ajal menjemput kita. Selama hidup, berhentilah menyakiti sesama manusia takut tidak berkesempatan memohon kemaafan.

T.E.T.A.P.I…

4 – Yang mati sudah tertulis untuknya. Paling akak risaukan adalah anak isterinya. Akak sibuk bertanya, bekerjakah isterinya? Anak nya empat pula. Paling kecil usia setahun. Belanja mereka selepas ini bagaimana?

5 – Terfikir juga, isteri ini dah punya rumah sendiri tak? Suami ini ada buat hibah untuk isteri meneruskan hidup tak? Ada tak income protection. Setiap tahun hadiah kan tak jongkong emas 999?

6 – Jangan tipu diri mengatakan wang dan harta bukan segala-gala. Jika hari ini isteri kita belum ada dana cemas 3 hingga 12 bulan, segera transfer kan jumlah itu. Kalau abang meninggal esok, gunakan wang ini untuk meneruskan kehidupan sementara.

7 – Jika rumah hanya sebuah, hibahkan segera. Kalau abang meninggal esok, semoga anak isteri punya tempat untuk berteduh. Jika isteri adalah surirumah atau bergaji ciput, pastikan ada income protection. Kalau abang meninggal esok, anak isteri tidak perlu menangih nasib kepada sesiapa.

8 – Jangan anggap tak apa… ibu bapa dan keluarga abang pasti melindungi anak isteri. Tidak semestinya bang… Zaman hari ini zaman mengutamakan kantung perut sendiri. Jika abang meninggal esok, silap haribulan anak isteri disingkirkan juga. #apeni

9 – Manusia diuji dengan kata-katanya. Maka, eloklah abang berjaga-jaga. Sentiasa abang berbincang dengan isteri tersayang. KALAU ABANG MENINGGAL ESOK, abang dah sediakan segala-gala untuk keluarga. Abang akan pastikan anak isteri tidak berendam dengan airmata untuk merintih nasib pada sesiapa.

Salam sayang dari isteri yang sentiasa bimbang

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen