Perkahwinan Jarak Jauh Ini Tak Mudah, Isteri Akan Mabuk Rindu, Suami Pula Fokus Kerja. Apa Kena Buat? Ini Cara Hidup Sebagai Pasangan PJJ Yang Bahagia.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila dalam hubungan jarak jauh, biasanya isteri akan menguruskan anak-anak, malah akan mendidik anak secara bersendirian, manakala suami akan lebih fokus kepada mencari rezeki untuk anak isteri. Selalunya isteri-isteri yang merasakan ketidakpuasan apabila suaminya seolah-olah melepaskan tanggungjawab dalam mendidik serta mengasuh anak, sedangkan tidak sebegitu.

Biasalah isteri ini bila dia dah penat, dia akan mula bermain dengan emosi dirinya. Itu yang timbul rasa tak puas hati malah merasakan suaminya tak ambil kisah.



Kalau anda berada disituasi seperti ini apa yang akan dilakukan?

Mari sama-sama kita ikuti kisah dan penerangan daripada Pak Utih ini. bagus untuk suami isteri yang berjauhan ni.

SUAMI: "Out of Sight; Out Of Mind"

ISTERI: "Out of Sight; ALWAYS in Mind"

Mastura sangat kecewa dengan suaminya yang hampir enam tahun berkahwin secara PJJ (Perkahwinan jarak jauh) langsung tidak menghargai pengorbanannya dan tiada usaha berbincang untuk cari kerja baru agar boleh duduk bersama mendidik dua orang anak ini.

Suaminya bertugas sebagai jurutera di Kota Bharu dan dia juga jurutera di Jabatan Kerajaan di Pekan.

Hujung minggu ini dia ingin mengajar suaminya sesuatu.

Setiba sahaja suaminya di rumah, dia serahkan kedua-dua anaknya untuk dijaga oleh suaminya dengan ungkapan sinis, "Nah jaga anak-anak ni pulak, I dah penat".



Dia terus ke hotel "berehat" sendirian selama dua hari.

Suaminya dengan rela hati melayan kedua anak lelakinya itu padat dengan aktiviti-aktiviti yang menarik di rumah, di pantai dan juga di shopping komplek.

Habis tempoh berehat, si isteri kembali ke rumah dengan harapan keadaan rumahnya seperti tongkang nak karam (bersepah, berselerak), anak-anaknya meraung-raung menangis rindu kepadanya, dan suami pula melutut minta maaf di atas kesilapan dia selama ini dia tak tahu betapa susah menjaga anak-anak.

Sebaliknya, dia disambut oleh kedua anak-anaknya dengan riang gembira masing-masing berpakaian cantik seolah-olah hendak keluar berjalan. Rumahnya pula kelihatan kemas lebih cantik daripada biasa dan suaminya senyum menyambutnya dan telah bersedia untuk kembali ke Kota Bharu.

Mastura bertambah kecewa kerana "misinya tidak menjadi". Hatinya bertambah geram apabila "lakonan" kedua-dua anaknya menangis hendak ikut ayahnya.



MENGAPA TERJADI DEMIKIAN

1. Sebenarnya, suami isteri ini masih belum kenal lagi pasangannya. Rugi besar jika salah satunya berhasrat untuk bercerai.

2. Berdasarkan kisah d atas, sang isteri ingin mengajar suami agar dia boleh MENGHARGAI pengorbanannya selama ini yang dia bersendirian menguruskan segala-galanya. Tetapi strateginya tidak menjadi.

3. Si suami pula, apabila isteri secara terus terang serahkan anak-anak untuk dia jaga dan ingin berehat, dia terima ini sebagai tanggung jawab yang mesti dia buat demi kebahagiaan isterinya. Dia sangat teruja melaksanakannya. Apalagi dia pun rindu kepada anak-anaknya. Akhirnya dia rasa sangat berpuas hati kerana telah menunaikan permintaan isterinya.

4. Minda lelaki kebanyakkannya (80%) fokus kepada tugasannya. Apabila dia keluar bertugas, fikirannya hanya tertumpu kepada amanah yang perlu dia jaga. Dia boleh lupa anak isterinya selama dia berada di luar rumah. "Out of Sight; Out of Mind". (Isterinya tiada, dia boleh lupakan isteri)

5. Dia lupa bukan kerana dia tidak sayang. Minda dia hanya boleh fokus kepada satu-satu urusan sahaja dalam satu masa.

6. Sebaliknya minda orang perempuan, berupaya menggunakan kedua-dua hemisfera otaknya dengan pantas dan menyeluruh. Boleh sentiasa memikirkan hal suami, hal anak-anak, hal rumahtangga dengan serentak bersama urusan kerjayanya semasa dia bertugas.

7. Keluar sahaja suaminya dari rumah, mindanya sentiasa ingatkan suaminya setiap detik (bergantung juga kepada tahap kerinduannya). "Out of Sight, Always in Mind".

8. Jadi dia kecewa apabila suaminya tidak hubungi dia semasa berpisah. Seolah-olah tidak ingat kepada dia = tidak sayang dia.

CADANGAN PENYELESAIAN

1. Pak Utih rasa suami ini jenis minda Maskulin tegar. Dia tidak faham bahasa badan orang perempuan. Dia akan bertindak berdasarkan fakta dan data. Dia faham jika cakap terus terang. Mindanya tidak pandai memahami apa yang tersirat.

2. Dia inginkan isterinya bahagia. Bila isterinya minta dia jaga anak-anaknya kerana dia penat, dia amat teruja dan melaksanakan dengan penuh rasa tanggung jawab. Dia bahagia.

3. Oleh itu, isteri perlu berterus terang kepada suaminya. Terangkan kepadanya apa kehendak dan keperluannya secara fakta dan data. Nyatakan kepadanya, dia akan bahagia jika suami boleh buat ini ini ini ini.

4. Jangan mengharapkan suami "jantan tulin" itu faham bahasa perempuan anda.

5. Si suami pula, buat "Standard Operating Prosedures" semasa nak berpisah dan kembali ke rumah.

Contoh:

a) Berpisah: Cium puas-puas isteri dan sebutkan "Abang rindu bila berpisah ni". Jika Abang terlupa, sila hubungi Abang ya. Peringatkan Abang".

b) Balik ke rumah: Cium puas-puas isteri itu kemudian barulah dengan anak-anak. Tanya dia apa yang perlu dibantu pada hari itu, apa terjadi kepada anak-anaknya selama ketiadaan ayahnya, keadaan rumahnya dan bagaimana urusan pejabatnya......Ditutup dengan "terima kasih lah Sayang".

Selamat mencuba.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen