Jarak Bukan Alasan Untuk Kita Tidak Dapat Bersama Orang Tersayang, Tapi Ia Adalah Jalan Untuk Menguji Kekuatan Hubungan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jarak sering kali dijadikan sebagai satu asbab mengapa sebuah hubungan itu terputus di tengah jalan. Walaupun dulunya hubungan tersebut tersangatlah bahagia dan menyeronokkan. Tapi kerana jarak yang ada, maka terbinanya sebuah jurang antara hubungan.

Jarak ini nampak sahaja macam jauh dan menyukarkan, tapi kalau kita ini sendiri bijak kendalikan hubungan, sudah tentu jarak yang tercipta itu bukan halangan untuk membina hubungan.



Ramai sahaja pasangan yang berjaya kekalkan kebahagiaan mereka walaupun tinggal berjauhan. Yang membezakan hubungan yang bahagia atau terputus kerana jarak ini adalah berpunca kepada hati. Kalau hati yang merasakan bahawa jarak ini peluang, maka itulah yang akan memusahkan hubungan.

Jangan jadikan kesibukan sebagai alasan untuk kita saling tidak bertegur sapa, sedangkan kitab oleh sahaja menghubungi pasangan kita untuk 2 minit sahaja. Paling tidak pun, ucapan selamat malam dan pagi sebelum kita tidur atau melakukan sesuatu perbuatan.

Tapi kita buat tak? Tak kan, sebabnya kita gunakan alasan yang kita ini sibuk. Tapi sebenarnya kita sedang cipta jurang.



Jangan cipta perasaan iri hati kepada mereka yang selalu bersama, kerana mereka ini tak akan sempat kenal erti rindu. Perasaan rindu ini adalah anugerah yang tak semua orang mampu milikinya. Jadi bila berjauhan ini, simpanlah banyak-banyak rindu kepadanya agar bila berjumpa nanti rasa rindu itu akan jadi momen yang indah.

Dalam hubungan seperti ini, saling percaya akan memainkan peranan penting. Di mana, saling percaya ini akan membuatkan hubungan kalian bertambah yakin. Jangan cuba untuk letakkan setitik ketidakpercayaan kerana ia akan merebak dan melarat.



Percaya pada pasangan, kerana kerpercayaan itu kekuatan hubungan.

Selalu bukan kita lihat kepahitan ini akan berakhir dengan kebahagiaan, cuma mungkin belum tiba masa buat kalian. Jadi sabar, dan terus untuk berusaha agar hubungan yang ada itu lebih kuat dari sebelumnya. Malah jadikan ia sebagai satu penantian yang paling ditunggu. Penantian untuk merasai kemanisan bersama.

Jarak itu tiada makna kalau kalian benar-benar sayang antara satu sama lain. Kerana sayang itu jugalah, mampu membina kesetiaan, kepercayaan serta kekuatan dalam hubungan jarak jauh.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen