Jangan Kenangkan Mereka Yang Curangi Anda, Ramai Lagi Yang Mananti Menginginkanmu...

Oleh: Zuzu Yasmine

Si curang tak akan bahagia…

Kecurangan boleh berlaku disebabkan wanita mahupun lelaki. Kecurangan juga boleh dating dalam pelbagai bentuk dan rupa. Pelbagai taktik dibongkar oleh si curang untuk meloloskan diri daripada ditangkap oleh pasangan.

Curang adalah pilihan. Tidak ada istilah terpaksa curang atau seumpamanya kerana kita berhak menentukan jalan cerita dalam hubungan kita. Tahukah anda bahawa jika seseorang didapati curang sekali, tidak mustahil untuk dia ulangi perkara yang sama buat kali kedua dan berikutnya. Si curang tidak akan pernah puas, meski di hadapan pasangan sendiri juga boleh berlaku curang, bagaimana pula dibelakangnya?



Jika masih dalam percintaan pasangan anda didapati pernah curang, terfikirkah anda bahawa di alam perkahwinan nanti si dia boleh mengulanginya semula? Ada sahaja mereka yang berubah secara drastik selepas berkahwin iaitu meninggalkan terus perangai lamanya dan memulakan hidup baru. Tetapi tetap juga wujud mereka yang tidak pernah berasa puas dengan hidup yang sedang dinikmati.



Mengapa dikatakan si curang tidak bahagia? Kerana dia akan sentiasa mencari pasangan yang lebih baik dari apa yang sedang dia ada, dia akan mencari kesempurnaan yang tidak dimilik oleh pasangannya. Bagaimana dia hendak mengecap bahagia sedangkan hidupnya banyak dihabiskan dengan mencari helah dan rancangan baru untuk aktiviti kecurangannya.

Realitinya, mereka yang mempunyai pasangan yang pernah berlaku curang, akan lebih berhati-hati dengan setiap gerak gerinya, bimbang pisang berbuah dua kali. Namun perlu kita sedar bahawa jika kita mendapat tahu pasangan kita curang, kepercayaan yang selama ini tertanam elok boleh terbit dan longgar dari hari ke hari.

Buat apa kita masih setia menunggu pasangan yang jelas tidak mahu akan diri kita ini. Lebih baik kalau kita ini mencari seseorang yang setia menerima kita seadanya, malah tak akan menduakan kita hanya kerana menginginkan yang lebih baik. Cari dan pilih lah dengan berhati-hati.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen