Selepas 163 Mesej Teks, Cinta Biasanya Berputik.

Oleh: Rafi

PARIS: Satu kajian terbaharu mendapati kira-kira 163 mesej teks diperlukan untuk seseorang itu jatuh cinta. Kajian mengenai tabiat berkasih itu dijalankan sebuah laman web e-dagang PIXmania ke atas pasangan berusia 55 tahun ke atas dan 25 tahun ke bawah. Matlamatnya adalah untuk mengetahui perbezaan patern dalam berpacaran di antara generasi tua dan lebih muda. Kajian itu menunjukkan bahawa pasangan lebih muda yang bergantung kepada media sosial untuk memikat pasangan mereka mula melihat hasilnya kurang dari separuh masa yang dihabiskan generasi ibu bapa mereka.



Mereka yang berusia 55 tahun ke atas secara purata mengambil masa lebih dua setengah bulan untuk berjaya memikat hati si dia. Sebaliknya bagi kumpulan yang berusia 25 tahun ke bawah hanya mengambil masa kurang dari sebulan untuk berhasil. Kajian itu turut mendedahkan bahawa untuk menjadikan pasangan itu benar-benar jatuh cinta, mereka secara purata memerlukan 163 mesej teks, 224 tweet, 70 mesej Facebook, 37 emel dan 30 panggilan telefon. Dalam satu lagi kajian ke atas 276 lelaki dan wanita awal 20an yang diterbitkan dalam Journal of Couple And Relationship Therapy, apa yang paling penting bukanlah jumlah teks mesej yang dihantar pasangan.



Sebaliknya kandungan mesej teks memberikan impak terbesar dalam kualiti sesebuah perhubungan. Sebagai contoh pasangan yang menghantar mesej bernada mengambil berat dan penuh kasih sayang lebih berpuas hati dengan hubungan mereka berbanding mereka yang tidak. – Agensi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen