Percaya Atau Tak, Yang Korang Telah Bazirkan Banyak Duit Terhadap 5 Benda Ni. Yang No 3, Ramai Tak Perasan

Oleh: Zuzu Yasmine

Pernah tak korang buat kira-kira duit belanja korang ke mana habisnya. Kadang-kadang duit gaji tu dah cukup untuk tampung kehidupan selama sebulan selepas tolak itu ini. Tapi tak sampai tengah bulan tengok-tengok duit gaji dah tinggal sikit.

Jangan tergaru-garu sangat kepala tu dengan cuba mengingati apa yang korang dah beli atau ke mana duit itu pergi.

Percaya atau tak yang korang ini sebenarnya ada satu sikap membeli sesuatu benda secara rutin. Korang rasa benda tu penting, tapi sebenarnya benda tu tak penting pun. Bahkan perbelanjaan ini dipandang remah kerana merasakan ia bukan satu nilai yang besar.



Tapi kalau dilakukan setiap hari, sudah tentu akan jelas kekurangan wang korang tu. Malah, duit korang tu oleh guna untuk beli benda lain.

Korang nak tahu tak apa yang selalu korang bazirkan tu?



1. Kopi dan makanan ringan.

Siapa sini peminat kopi? Korang sanggup beratur panjang demi segelas air ini? Lagi-lagi beberapa jenis air yang sedang hangat ini. walaupun ini bukan satu perkara yang buruk, tapi kalau korang setiap hari membeli kopi atau minuman ringan, memang jelas lah kekurangan wang.

Sebagai contoh, air minuman kopi atau boba tea yang korang beli setiap hari berharga RM10.90 setiap hari. Agak-agak duit yang terkumpul tub oleh buat simpanan kecemasan tak?

Nampak macam tak membazir, tapi kalau beli hari-hari jadi membazir.

2. Air mineral.

Ni air kosong je pun, tak akan itu pun nak berkira. Badan kita kan perlukan air kosong yang banyak.

Memang betul, kita perlukan air yang seperti ini dalam badan kita, tapi sebab sikap cuai dan malas kita ini punca kita lakukan pembaziran.

Sedangkan, air kosong ini kita oleh bawa dari rumah tanpa perlu dibayar atau dicaj. Tapi kerana kita kehausan dan tidak membawanya, maka terpaksa membeli air mineral ini di kedai-kedai.

RM1.80 untuk 500ml untuk setiap botol malah, korang akan beli lebih dari sebotol untuk menghilangkan dahaga. Haa, nampak macam tak ada apa-apa tapi kalau kira-kira membazir juga.



3. Pengeluaran wang dari bank yang berlainan.

Ni mesti ramai yang buat kan? Sebabnya malas nak cari bank yang sama macam korang guna, maka korang akan pergi je mana-mana mesin ATM dan keluarkan duit korang. Setiap pengeluaran wang berlainan bank ini akan memerlukan RM1.05 setiap kali perkhidmatan.

Cuba bayangkan kalau korang selalu gunakan bank yang berlainan, berapa banyak wang yang telah korang rugi?

4. Rokok.

Sudah lah membahayakan kesihatan, malah ia juga membazirkan wang korang. Rata-rata sekotak rokok ni bukannya murah, biasanya harga atas RM10.

Malah sehari korang boleh menghabiskan dua atau tiga kotak sehari, cuba bayangkan kalau sebulan berapa banyak wang korang yang akan habis?

Lagi-lagi kalau korang tengah kumpul duit kahwin tu, memang terasalah dia punya membazir tu kan?



5. Makanan bekalan untuk sebulan.

Selalunya kita akan beli makanan ringan siap-siap untuk stok selama sebulan. Tapi apa yang tak disangkanya makanan tersebut tak habis dan expired.

Sudah tentu ini akan membuat korang hanya membazir wang je. Jadi apa kata korang, beli ala kadar je dulu, tak cukup korang top up la semula.

Kalau dilihat secara rawak, perbelanjaan ini mungkin tak memberi kesan kepada korang. Tapi kalau korang sedang kumpul duit kahwin, atau membuat tabungan yang khusus, perkara sebegini memang akan nampak membazir.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen