Isteri Tak Menang Tangan Nak Urus Rumah Tangga, Suami-Suami Kena Berganding Bahu Untuk Bantu Isteri. Barulah Hubungan Lebih Harmoni. Yang Nak Kahwin Tu, Kena Belajar Pasal Ni.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap hari hanya ada 24 jam je, bila isteri kita dah habiskan masa 8 jam dekat tempat kerja, maka baki masa untuk menguruskan rumahtangga semakin sikit. Itu belum lagi kalau isteri kita ini buat OT. Lepas tolak makan, solat dan tidur, ada berapa jam je lagi untuk isteri uruskan rumah.

Jadi bila isteri nak rehat?

Itu belum lagi jika nak layan teletah anak-anak, makan, mandi, dan bermain akan ambil masa yang agak lama juga. Haa, dengan semua ini bila dia akan dapat rehat tanpa memikirkan apa-apa di fikirannya.



Sebab itulah pertolongan dari suami itu penting, walaupun rasa macam tak membantu sangat tapi kalau dapat buat kerja yang mudah-mudah pun isteri dah cukup bersyukur dah. Jika beban isteri berkurangan, maka masa untuk bersama suami akan lebih banyak, bukan itu ke yang suami-suami mahu.

Macam Ariff Ismail kongsi ini memang betul pun, bila suami isteri bijak uruskan kerja rumah sama-sama akan kurang perselisihan faham malah keluarga akan lebih harmoni.

Mana Cukup Masa Nak Buat Semua Kerja!

" Bang baju nanti hantar dobi la I tak sempat nak basuh"

" B kita makan luar lah, sayang tak larat lah nak masak "

Tak asing lagi pada masa kini suami isteri sama sama bekerja. Bila masing masing ada kerjaya mesti akan ada satu masalah, iaitu pengurusan masa untuk urus kan rumah tangga dan anak anak.

Mula lah drama dan ada yang membawa kepada pergaduhan dan perselisihan faham. Suami menuding jari kepada isteri, isteri tuding jari pada suami.

Silap hari bulan mahu melayang periuk belanga. Untuk penyelesaian ramai yang pilih jalan makan kat luar je lah. Baju kita hantar dobi. Bila tak buat kerja sama sama dan makan air tangan isteri atau suami itu yang buat hilang kemanisan rumah tangga.



Jom saya share kan macam mana untuk kita sentiasa cukup masa untuk urus rumah tangga bersama sama.

1. BUAT JADUAL KERJA RUMAH
Hidup sebagai suami isteri kenalah tolak ansur, kena saling bantu membantu. Untuk memudahkan urusan kita buat jadual kerja untuk memastikan rumah tangga diselaras dengan baik.

Isteri dah balik rumah memasak dan jaga anak, kita tolong isteri lipat baju dan mop lantai. Bila buat kerja sama sama dan saling bantu membantu ini akan dapat menambah keharmonian rumah tangga.

2. SIAPKAN BARANG MASAK

Nak masak ni mudah, nak siap kan barang tu yang leceh. Mana nak keluarkan lauk basah, nak kupas bawang nak siang ikan. Untuk lancarkan kerja ni mudah sahaja. Buat siap siap bila nak masak terus keluar dan campakan dalam kuali tadaaa siap masak.

Luang masa hujung minggu untuk kupas bawang, mesin cili, siang ikan dan sebagainya. Masukan dalam bekas kecil untuk satu kali memasak.

Kisar cili, bawang merah, bawang putih siap siap. Simpan dalam bekas, nak balik masak senang dan jimat masa. Boleh juga masak cili kering dan bawang sebagai pes. Nak masak tinggal masukan je lauk basah.

Ayam, ikan udang, daging dan lauk lauk yang lain bungkus dalam bekas kecil untuk satu bahagian masakan. Inshaallah lebih cepat kita boleh siap kan masakan.



3. PERSIAPAN PAKAIAN

Ini lah yang paling ngeri bila baju dah belonggok setinggi gunung, mana yang tak basuh lagi mana yang dah basuh tak berlipat. Boleh lemas dalam kain baju.

Mudah je, bila kita bekerjasama semua kerja akan jadi mudah. Isteri dah basuh kita tolong sidai, tak jatuh maruah jiran nampak kita sidai baju bini.

Bila suami dah tolong sidai, isteri tolong angkat, masa malam kita lipat sama sama sambil tengok tv. Inshaallah yang berbukit tu akan jadi tanah rata.

Bila bab urusan rumah tangga ni, tak susah cuma perlu kerjasama dan sikap tangungjawab suami dan isteri. Bila kita bersama lakukan kerja jadi lebih cepat dab menambah nilai kasih sayang dalam keluarga.

- Ariff Ismail -

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen