Orang Kata kalau Bergaduh Dengan Pasangan Itu Cara Kita Nak Kenal Dia Lebih Dalam, Tapi Kalau Gaduh Libatkan 4 Perkara Ini... Baik Hentikan Hubungan Segera.

Oleh: Zuzu Yasmine

Korang pernah dengar tak kalau pasangan itu bergaduh maknanya nak kenal hati budi masing-masing? Mesti penah kan? Bahkan kalau pergaduhan tersebut boleh buat pasangan korang tunjukkan dirinya yang sebenar.

Haa, siapa je yang kalau marah masih boleh kawal perbuatan dan berpura-pura ye tak?



Jadi dalam keadaan marah korang boleh menilai macam mana pasangan korang tu. Adakah dia boleh kawal kemarahannya ataupun kalau marah macam orang naik hantu.

Namun begitu, korang kena buka mata bila dalam pergaduhan korang melibatkan 4 perkara ini, lebih baik korang segera hentikan hubungan tersebut. Walaupun sayang macam mana sekali pun pada dia lebih baik korang sayangi diri korang dahulu.

“Cegah sebelum melarat.”

1. Guna kekerasan fizikal.

Kalau dalam pergaduhan yang kecil dirinya sudah mula hendak menggunakan kekerasan terhadap korang, jangan tunggu perkara itu berlaku dahulu baru korang pilih untuk tinggalkan dirinya. Seseorang yang tidak mampu kawal kemarahannya dengan baik tidak elok untuk dijadikan pasangan.

Ini kerana, dia mampu melukakan orang disekelilingnya tanpa belas kasihan kelak. Jadi angkat kaki dengan segera!



2. Tidak mampu maafkan antara satu sama lain.

Pergaduhan berpanjangan adalah tanda bahawa hubungan itu mungkin berakhir tidak lama lagi. Tingkah laku termasuk tidak mahu kembali bersama-sama, enggan memaafkan, dan mengakhiri pergaduhan tanpa penyelesaian dapat menjadi masalah yang kemudian akan membuat hubungan lebih sukar untuk dijaga dan diperbaiki.

3. Mengungkit kesilapan lalu.

Jika dilihat secara tersiratnya, mungkin terdapat dendam atau ketidakpuas hati di dalam hubungan korang. Di mana pergaduhan lalu masih lagi tersimpan di dalam hatinya. Malah ia sentiasa menjadi bahan ungkitan antara kalian. Jadi tak mustahil kalau pergaduhan kali ini akan masih diungkit pada pergaduhan akan datang.

Korang nak ke hubungan yang saling mengungkit ni? Nampak sangat pasangan anda bukan seorang pemaaf.



4. Keluarkan kata-kata kesat.

Mungkin bagi korang itu adalah perkara biasa. Yela, dalam keadaan marah, sesiapa sahaja akan mengeluarkan kata-kata yang tak elok. Tapi bila ia terjadai terhadap perkara yang kecil dan kata-kata yang dikeluarkan itu seolah menghina korang, tak akan masih nak stay lagi?

Jika dirinya sudah terbiasa dengan kata-kata sebegini, tak mustahil kalau selepas kahwin sikapnay masih sama.

Walaupun perkara sebegini sudah berulang kali diingatkan, tetapi masih ada sahaja wanita-wanita yang sanggup memejamkan mata kerana rasa sayang dan cinta terhadap lelaki seperti itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen