“Sunnah Nabi SAW Balik Dari Mana-Mana Beri Hadiah Buat Bidadari Dan Keluarga” Ustaz Ebit Lew.

Oleh: Zuzu Yasmine

Suami-suami dan bakal-bakal suami, cuba hadam dan ikut cara Ustaz Ebit Lew ini bahagiakan isterinya. Lagi-lagi caranya begitu menghargai pengorbanan isteri dan anak-anak.

Walau ke mana sahaja suami pergi, sentiasa ingat akan isteri dan anak-anak yang sentiasa setia menanti di rumah. Setiap kali kita nak balik rumah, jangan balik dengan tangan kosong. Belikan mereka buah tangan atau hadiah, ramai yang tak tahu inila yang nabi ajarkan untuk para suami contohi.



Dan ini juga cara yang Ustaz Ebit amalkan bagi menghargai dan mengingati bidadari hatinya sempena ulang tahun perkahwinan mereka. Kalau seorang ustaz yang sentiasa sibuk dengan dakwah, masih sempat melakukan hal-hal romantik seperti ini, bagaimana dengan kita?

Tak rasa tercabar ke? Walaupun tak mampu nak berikan bunga yang ditempah dari florist sekali pun, beri sahaja ikut kemampuan kewangan walaupun dengan membawa balik sebungkus goreng pisang.



Hadiah buat isteri dan anak-anak.

Sunnah Nabi saw balik dari mana-mana beri hadiah buat bidadari dan keluarga. Tadi balik dari Johor. Cepat-cepat wasap florist. Sampai kl terus ambil dan sorokkan dari bidadari saya

Suka sangat walau kecil kejutan wat bidadari. Sebab bunga ni tak dapat bayar pun susah bidadari saya. Dunia ini sangat singkat tapi melihat bidadari saya tersenyum ubat bagi hati ini. Senyuman mak ayah. Senyuman bidadari ialah ubat dan penawar dalam letih duka sakit di dunia ini. Terima kaseh Allah

Melihat bidadari masam 5 saat jer saya susah hati. Berusaha dan fikir apa nak buat bahagiakannya. Kadang cuma video call or call dengar bidadari saya cerita. Itu jadi ubat buatnya. Saya susah hati bila bidadari cuma reply k.

Sesekali buat kejutan untuk isteri tercinta.

Jangan memandang rendah kesedihan bidadari hidup kita. Mereka dah takde sesape dalam hidup mereka. Migrain demam urus rumahtangga dan anak-anak. Mereka setia ikhlas mencintai suami. Mereka perlu seseorang dengar mereka.

Sesekali buat kejutan walau sekuntum bunga atau mesej cinta yang ikhlas. Kongsi doa dan bimbing mereka dengan solat dan sunnah Nabi saw seharian. Biar mereka bina kekuatan dalam diri anak dengan iman. Happy Anniversary.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen