Seronoknya Jadi Pengantin Baru, Sedang Sibuk Berhoneymoon Tu Jangan Lupa Untuk Bincangkan 5 Hal Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila baru-baru kahwin ni banyak perubahan yang korang kena buat. Bermula dengan diri korang sendiri hingga lah rutian harian korang. Yelah kalau masa bujang dulu boleh la korang buat apa korang nak tapi bila dah kahwin sudah tentu tak boleh buat macam masa bujang dulu.

Kalau yang isteri sudah tentu la kena pandai uruskan rumahtangga, manakala yang suami kena la bijak bantu isteri.

Walaupun korang dah lama bercinta dengan pasangan korang, itu belum tentu yang korang dah cukup kenal pada dirinya. Bila dah serumah baru korang kenal dirinya. Barut ahu yang dia ni lepas makan tak basuh pinggan, tak suka lipat baju, suka buka baju bersepah dan pelbagai lagi la. Masa ni semua perangai buruk mula nampak.



Oleh itu untuk korang saling sakit hati atau pendam perasaan, baik korang cuba bincang elok-elok dengan pasangan korang masa mula-mula lagi kahwin ini. Mana tidaknya, masa ni kan masih manis lahi, kalau dah lama-lama baru nak tegur, dah naik kepala dah masing-masing.

Antara contoh perkara yang boleh korang bincangkan.

1. Waktu mandi.

Ada setengah orang balik kerja kena mandi dulu baru boleh lakukan tugas lain, ada orang buat tugas lain dulu baru mandi. Haa, tengok pula pasangan anda macam mana, kalau dia jenis tak kisah mungkin okay je tapi kalau dia kisah, korang kena la tukar cara korang.

Ataupun jadual mandi waktu pagi, kalau dua-dua kena kerja waktu pagi maka kena lah bergilir siapa mandi dulu. Nampak mecam senang tapi kalau bertentangan dengan rutin kita, payah juga nak ubah.



2. Urusan kewangan.

Ini adalah perkara yang tersangat la penting. Korang tahukan bahawa punca penceraian yang paling tinggi adalah masalah kewangan. Jadi bincang seeloknya dengan pasangan korang akan kewangan korang.

• Siapa akan bayar rumah dan kereta.
• Duit belanja dapur siapa uruskan
• Simpanan tiap bulan

Itu adalah beberapa contoh, setiap orang berlainan tapi bincangkan seeloknya.

3. Rutin sebelum tidur.

Ada orang sebelum tidur akan baca buku atau main telefon bimbit. Bahkan ada juga yang akan tidur dengan lampu terbuka atau tertutup. Jadi pasangan korang dan korang yang mana? Perkara sebegini kena bincang juga takut ia mengganggu masa tidur pasangan pula nanti.



4. Tamu yang dibenarkan ke rumah.

Mungkin sesetangah orang akan anggap ini pelik, tetapi bagi pasangan yang sukakan privacy ini bukanlah satu yang pelik. Hanya orang tertentu sahaja dibenarkan ke rumah mereka. Boleh jadi ia dikalangan antara ahli keluarga je. Kalau macam rakan-rakan biasanya tidak digalakkan. Haa, tapi itu rules rumah korang so bergantung pada kesesuaian masing-masing.

5. Me-time.

Ini pun kena bincang dengan pasangan dulu, tak boleh nak buat me-time sendiri. Baik suami mahupun isteri, me-time ini perlu dapatkan kebenaran pasangan. Barulah pasangan tak makan hati. Lagi-lagi kalau korang dah ada anak nanti, lagi la masing-masing akan berebut nak me time.

Banyak lagi sebenarnya yang perlu korang bincangkan sebagai suami isteri yang masih baru ini. Kalau perbincangan dilakukan dengan awal, maka ia dapat memupuk rutin dari awal, barulah tak ada masalah bila dah lama kahwin nanti.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen