Orang Kata Masa Bertunang Ni Banyak Ujian, Tapi Kalau Tiba-Tiba Rasa Tak Nak Kahwin Dengan Pasangan Nak Buat Macam Mana?

Oleh: Zuzu Yasmine

Rasanya ramai diantara kita ini memang sudah sedia maklum bahawa, waktu bertunang ini bukan satu perkara yang mudah. Ketika ini macam-macam ujian yang perlu dihadapi bersama pasangan. Dia tak sama macam waktu korang bercinta.

Siapa yang berjaya harungi ujian waktu betunang ini memang betul-betul kental hati mereka ini.

Cuba korang bayangkan kalau tiba-tiba perasaan yang korang ada sekarang ni hilang tiba-tiba saat korang dah dekat nak kahwin. Boleh jadi rasa cinta yang ada tu bertukar kepada perasaan ragu-ragu. Haa, macam mana?

Boleh pening kepal juga ni kalau tiba-tiba cakap nak putus tunang sebab hati ragu-ragu. Boleh bermasam muka juga kalau kita main ikut kepala kita je kan.

Okey relax okay!



Wajar atau tidak kalau ada perasaan ragu-ragu ni?

Rasa gugup dan cemas sebelum perkahwinan adalah sesuatu yang semula jadi. Walau bagaimanapun, ternyata bahawa keraguan sebelum perkahwinan sebenarnya perlu dipersoalkan.

Sebenarnya, keraguan yang berlaku sebelum perkahwinan adalah perkara biasa tetapi tidak semulajadi. Perasaan ini sebenarnya boleh memberi impak kepada perkahwinan korang pada masa akan datang kalau korang hanya simpan sendirian.

Mungkin kraguan ini berlaku berpunca dari rasa kurang percaya pasangan korang, malah mungkin ia juga hadir disebabkan orang sendiri rasa ragu-ragu.

Kalau korang berdepan dengan perkara-perkara macam ni, korang jangan cepat sangat melatah dan layan sangat perasaan korang tu. Cuba untuk mencari penyelesaiannya dulu sendiri. Macam korang buat solat Istikharah dan memohon pertujuk dari Allah.



Misal kata la yang benda ni masih lagi tak settle dan hati korang maish lagi ragu-ragu, mungkin 4 tip ini boleh bantu korang buat keputusan?

1. Kongsi keraguan korang.

Apa yang korang boleh buat adalah kongsi keraguan korang ni dengan pasangan korang. Cerita secara detail kenapa korang rasa begitu. Cuba untuk berkomunikasi dengan baik dan bersifat terbuka.

Mungkin pasangan korang berisiko untuk tersinggung, tetapi lebih baik kalau korang berdua selesaikan perkara ini bersama-sama. Setidaknya dia akan cuba menyakinkan korang untuk terus bersamanya.

2. Cuba untuk rehatkan minda.

Mungkin korang terlalu serabut dengan persiapan perkahwinan, itu yang menyebabkan perasaan sebegini hadir. Apa kata korang cuba untuk pergi rehatkan minda korang, di mana jangan fikir mengenai persiapan perkahwinan korang tu dulu.



3. Berbincang dengan keluarga.

Ibu ayah biasanya nak yang terbaik untuk anak-anak mereka. Jadi minta nasihat dari ibu ayah anda untuk perkara sebegini. Biasanya, kata-kata yang keluar dari mulut ibu ayah ini akan lebih menenangkan hati korang.

4. Minta untuk tunda tarikh.

Tak salah untuk korang tunda tarikh perkahwinan korang. Lebih baik korang ambil masa yang banyak untuk bertenang dan fikirkan hubungan korang, dari tergesa-gesa hingga membuatkan korang menyesali apa yang korang buat.

Perkahwinan ini bukan perkara yang boleh dibuat main, keraguan sebelum perkahwinan ini biasanya akan memberi kesan selepas berkahwin. Jadi cuba untuk selesaikan sebaik mungkin.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen